Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463526
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Redzuwan Yahaya, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Mohd Irwan Effendi Mohd Nordin (P50754) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:28:14Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:28:14Z | - |
dc.date.issued | 2014-08 | |
dc.identifier.other | ukmvital:83245 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463526 | - |
dc.description | Portal pengesanan sinaran (RPM) merupakan sebuah peralatan pengesanan sinaran yang baru digunakan di Malaysia sejak tahun 2009. RPM digunakan untuk mengesan kehadiran bahan nuklear atau bahan radioaktif yang berkemungkinan cuba dibawa masuk secara tidak sah oleh pihak tertentu ke Malaysia. Memandangkan penggunaannya masih baru di Malaysia, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan gambaran kaedah pengoperasian RPM, mengenalpasti faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pengoperasian RPM, menentukan kelas komoditi yang boleh mengaktifkan penggera pengesanan, dan menentukan parameter yang boleh digunakan untuk mengelaskan jenis pengesanan. Kajian ini dilakukan terhadap 6 unit RPM yang dioperasikan di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor yang dibahagikan kepada 2 lokasi yang berbeza iaitu RPM pada jarak 500m dan 1000m daripada permukaan laut. Selain daripada itu, data berkaitan dengan jenis komoditi dan kadar kiraan pengesanan yang mengaktifkan penggera pengesanan RPM dikutip dan dianalisa secara deskriptif dan preskriptif. Hasil daripada kajian di dapati, faktor lokasi dan cuaca boleh memberi pengaruh terhadap pengoperasian RPM, pengaktifan penggera pengesanan RPM kebanyakannya disumbangkan oleh komoditi yang mengandungi bahan radioaktif terhasil secara semulajadi di dalam barangan kegunaan harian. Berdasarkan kepada situasi ini, pengendali RPM perlu mengelaskan penggera pengesanan kepada pengesanan benar, tidak benar dan palsu. Berdasarkan kepada kajian terhadap sampel pengesanan yang dikumpulkan secara rawak dan analisa secara deskriptif dan preskriptif, corak yang terhasil di dalam graf sampel yang diplotkan boleh dijadikan sebagai parameter untuk menentukan jenis pengesanan. Hasil daripada kajian ini boleh digunakan untuk memastikan pengoperasian RPM di Pelabuhan Klang dikendalikan dengan lebih cekap dan lestari disamping untuk mengelakkan gangguan kepada kecekapan dan prosedur sedia ada di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor.,Sarjana Sains | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Radiation-Measurement | |
dc.title | Keberkesanan pengesanan portal pengesanan sinaran terhadap komoditi di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 147 | |
dc.identifier.callno | QC795.42.M8478 2014 | |
dc.identifier.barcode | 001833 | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83245+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 7.44 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.