Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463525
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Hj. Sahibin Abdul Rahim, Professor Dr. | - |
dc.contributor.author | Hazirah Mohd. Hatar (P62998) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:28:13Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:28:13Z | - |
dc.date.issued | 2015-08-18 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:83244 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463525 | - |
dc.description | Mineral sulfida dalam batuan yang terdedah ke permukaan akibat aktiviti perlombongan akan mengalami proses luluhawa dengan kehadiran air dan oksigen. Proses pengoksidaan yang berlaku ini membentuk saliran lombong berasid (SLB). SLB ialah air berasid yang mengandungi kepekatan sulfat dan logam berat yang tinggi yang mengalir dari kawasan kolam lombong ke sistem saliran berdekatan menyebabkan berlakunya pencemaran air. Kaedah rawatan secara biologi telah dipilih dalam kajian ini. Sampel SLB dibawa ke makmal untuk dirawat menggunakan konsortium bakteria anaerobik yang diisolat dari kawasan kajian. Kolum bioreaktor berbentuk silinder yang berdiameter 10 cm dan tinggi 72 cm telah digunakan dalam kajian ini. Pemencilan bakteria dilakukan di kawasan SLB iaitu di Lubuk Mandi, Kuala Terengganu, lombong Barit, Tasik Chini dan di Sungai Lembing, Kuantan. Sebanyak 17 strain bakteria berjaya dipencilkan dan identifikasi melalui jujukan 16SrRNA mendapati keseluruhan strain terdiri daripada genus Citrobacter spp., Enterobacter spp. dan Klebsiella spp. yang berasal daripada famili Enterobacteriaceae. Strain yang diisolat kemudiannya digabungkan bersama membentuk konsortium bakteria dan dimasukkan ke dalam bioreaktor. Sampel SLB dari Bukit Besi, Dungun, Terengganu dirawat dalam bioreaktor R1 dan R2 manakala sampel SLB dari Sungai Lembing, Kuantan, Pahang dirawat dalam bioreaktor R3 dan R4. Hasil ujikaji selama enam minggu rawatan mendapati konsortium bakteria anaerobik yang dimasukkan ke dalam bioreaktor telah menurunkan kandungan sulfat sebanyak 37-87%. Sulfat menurun menghasilkan hidrogen sulfida serta ion bikarbonat yang membantu meningkatkan pH, menurunkan potensi redoks dan menyingkirkan unsur logam berat. pH sampel SLB meningkat dari 3.06±0.5 ke 4.72±0.3 manakala potensi redoks menurun dari 232.15±59.9 mV ke 116.9±19.4 mV. Unsur logam berat yang berjaya disingkirkan dalam kajian ini antaranya adalah Ag (96-98%), Fe (28-90%), Se (84-86%), Cu (15-83%), Pb (65-74%), Cd (64%) dan As (45-78%).Permintaan oksigen secara kimia (COD) meningkat dari 217±8.08 mg/L ke 11,625±7840.1 mg/L. Sekam padi dan hampas tebu merupakan dua jenis sisa bahan organik yang dipilih dalam kajian ini kerana ianya mampu membekalkan sumber karbon dan nutrien untuk pertumbuhan konsortium anaerobik. Pertumbuhan sel bakteria dalam bioreaktor didapati lebih dipengaruhi oleh keadaan persekitaran dalam bioreaktor. Walaupun kuantiti sumber karbon yang dibekalkan adalah tinggi, namun kandungan sulfat yang tinggi dalam influen boleh merencatkan pertumbuhan sel bakteria.,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Rawatan saliran lombong berasid secara bioremediasi menggunakan konsortium bakteria anaerobik | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 87 | - |
dc.identifier.callno | TD427.A28.H349 2015 | - |
dc.identifier.barcode | 001832 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83244+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.59 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.