Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463522
Title: Nanobendalir polimer daripada nanopartikel polianilina dan cecair ionik eutektik untuk penyimpanan tenaga haba
Authors: Chew Tze Siong (P68253)
Keywords: Dissertations
Academic
Issue Date: 1-Aug-2015
Description: Pencarian bahan baru yang lebih berkesan dalam penyimpanan tenaga haba perlu dibangunkan untuk meningkatkan kecekapan media penyimpanan. Nanobendalir polimer merupakan ampaian yang mengandungi sebaran nanopartikel polimer di dalam bendalir asas. Objektif penyelidikan ialah menghasilkan dan mengkaji kekonduksian haba dan muatan haba tentu nanobendalir polimer yang dibangunkan daripada nanopartikel polianilina (PANI) yang didopkan dengan surfaktan dan cecair ionik eutektik (DES). Nanopartikel PANI yang didopkan dengan pelbagai surfaktan anionik (asid sulfonik (+)-kamfor-10- (CSA), asid sulfonik dodesilbenzena (DBSA), asid sulfonik 2-naftalena (NSA) disintesis dengan ammonium persulfat sebagai agen pengoksidaan melalui pempolimeran misel langsung dan pempolimeran misel songsang manakala nanopartikel PANI bes emeraldine (EB-PANI) disintesis daripada nanopartikel DBSA-PANI dalam larutan ammonium hidroksida. DES disediakan dengan memanaskan kolina klorida dengan urea (DES 1) dan dengan gliserol (DES 2) serta 15 wt% air ditambah ke dalam DES 1 dan DES 2 untuk menjadi DES 3 dan DES 4 masing-masing. Purata saiz nanopartikel CSA-PANI, DBSA-PANI, NSA-PANI dan EB-PANI ialah 10 nm, 44 nm, 8 nm dan 9 nm melalui pemerhatian FESEM dan TEM. Kehadiran kumpulan sulfonik diperhatikan pada nombor gelombang 502 cm-1, 512 cm-1 dan 498 cm-1 di dalam spektrum FTIR. Gabungan keputusan UV-Vis, analisis unsur, TGA dan XRD menunjukkan bahawa nanopartikel PANI berjaya didopkan dengan surfaktan. Nanopartikel PANI yang disintesis (0.2 wt%-1.0 wt%) disebarkan di dalam DES yang berlainan. Peningkatan kekonduksian haba nanobendalir dicapai apabila suhu ditingkatkan tetapi kurang dipengaruhi oleh pecahan jisim nanopartikel PANI. Peningkatan kekonduksian haba DES 2 dan DES 4 sebanyak 4.1%, 4.5%, 4.5%, 3.2% dan 13.1%, 13.5%, 14.3%, 7.5% bagi 0.2 wt% CSA-PANI, DBSA-PANI, NSA-PANI dan EB-PANI pada suhu 50°C masing-masing telah diperoleh. Didapati muatan haba tentu DES berkurangan selepas penambahan nanopartikel PANI. Peningkatan kekonduksian haba nanobendalir disebabkan oleh pergerakan Brownian nanopartikel dan mikro-perolakan bendalir. Interaksi antara nanopartikel dan DES mempengaruhi kekonduksian haba dan muatan haba tentu nanobendalir.,Sarjana Sains
Pages: 135
Call Number: TJ260.C474 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83154+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.53 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.