Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463521
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Salmah Yaakop, Dr | |
dc.contributor.author | Ernieenor Faraliana Che Lah (P64438) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:28:05Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:28:05Z | - |
dc.date.issued | 2015-02-12 | |
dc.identifier.other | ukmvital:83150 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463521 | - |
dc.description | Sengkenit Ixodidae merupakan antara vektor yang menjadikan haiwan vertebrata terutamanya rodensia sebagai perumah dan pusat takungan kepada pelbagai patogen. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti spesies sengkenit dengan menggunakan jujukan sitokrom c oksidase subunit I (COI), mengesahkan spesies perumah (makanan darah) bagi sengkenit dengan menggunakan jujukan sitokrom b (Cyt b) serta mengkaji variasi genetik spesies sengkenit Ixodes granulatus dari beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia. Sebanyak lima lokasi pensampelan di empat negeri iaitu Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Terengganu telah dipilih untuk mengumpulkan sampel sengkenit yang berasosiasi dengan perumah semulajadi. Penyaringan sengkenit daripada badan perumah telah dilakukan dan disimpan dalam 100% larutan alkohol sebelum pengekstrakan DNA dijalankan menggunakan kaedah pemusnahan sampel. Spesies perumah dan sengkenit juga telah dikenalpasti berdasarkan ciri morfologi menggunakan kekunci taksonomi. Tindakbalas Berantai Polimerase (PCR) kemudiannya dijalankan ke atas 61 individu sengkenit dengan menggunakan penanda COI bagi pengenalpastian spesies, manakala Cyt b digunakan dalam analisis makanan darah. Penyuntingan dan penjajaran jujukan dilakukan dengan menggunakan MEGA 5 sebelum dibandingkan dengan jujukan sedia ada melalui perisian atas talian BLAST (Basic Local Alignment Search Tool). Pengelompokan spesies telah dijalankan menggunakan tiga kriteria analisis filogeni iaitu jarak, parsimoni dan likelihood. Perisian MEGA 5, PAUP 4.0b10 dan MrBayes 3.1.2 digunakan bagi menjalankan analisis Neighbor-Joining (NJ), Parsimoni Maksimum (MP) dan Inferensi Bayesian (BI). Variasi antara spesies sengkenit telah ditentukan dengan menggunakan analisis jarak genetik. Pengecaman secara molekul bagi sengkenit Ixodes yang turut disokong oleh ciri morfologi menunjukkan persamaan kepada I. granulatus manakala sengkenit Dermacentor compactus yang dikenalpasti berdasarkan ciri morfologi. Pengenalpastian spesies ini turut dipamerkan oleh pemisahan klad pohon pengelompokan antara genus Ixodes dan Dermacentor serta disokong oleh nilai butstrap yang tinggi. Berdasarkan data jujukan COI, didapati wujudnya variasi intraspesifik bagi I. granulatus dengan pembentukan klad monofiletik spesies dari Seremban (Negeri Sembilan), Gunung Tebu (Terengganu) dan Hulu Langat (Selangor) bersama nilai jarak genetik 0.002- 0.019. Analisis makanan darah sengkenit berdasarkan jujukan Cyt b telah menghasilkan tujuh spesies perumah iaitu, Leopoldamys sabanus, Sundamys muelleri, Rattus tiomanicus, R. rattus, Tupaia glis, Prionailurus bengalensis dan Tapirus indicus yang terkelompok dalam klad masing-masing dengan nilai sokongan butstrap 85-100% dan kebarangkalian posterior 0.81-1.00. Di akhir kajian ini, didapati tiada hubungan yang spesifik bagi sengkenit dalam menginfestasi perumah semulajadi di Malaysia. Hasil kajian ini amat berguna untuk membantu pegawai kesihatan awam dalam mewujudkan perancangan strategi kawalan yang lebih berkesan khususnya kepada perumah semulajadi yang berpotensi untuk terlibat dalam kitaran penyakit bawaan sengkenit.,Sarjana Sains | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Ixodidae | |
dc.title | Pengenalpastian spesies Sengkenit (Acari: Ixodidae) dan perumah melalui analisis makanan darah dengan menggunakan teknik moleku | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 182 | |
dc.identifier.callno | QL458.2.I9E737 2015 | |
dc.identifier.barcode | 001825 | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83150+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.05 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.