Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463516
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMarlia Mohd Hanafiah, Dr.
dc.contributor.authorMuhammad Muaz Aminordin
dc.date.accessioned2023-09-25T09:27:55Z-
dc.date.available2023-09-25T09:27:55Z-
dc.date.issued2015-05
dc.identifier.otherukmvital:83145
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463516-
dc.descriptionSecara global, permintaan terhadap bekalan air bersih dianggarkan berjumlah 60 billion m3 setahun dan pertanian merupakan industri utama yang menyumbang kepada 70% daripada penggunaan sumber air ini. Di Malaysia, industri pertanian merupakan industri ketiga terpenting selepas industri pembuatan dan pelancongan. Namun demikian, isu penggunaan sumber air yang tidak lestari bagi sektor pertanian kini dilihat sebagai salah satu masalah global. Kaedah penilaian impak penggunaan sumber air yang holistik dan komprehensif telah diperkenalkan iaitu kaedah jejak air yang merupakan satu petunjuk kelestarian penggunaan air sesuatu produk atau perkhidmatan. Kajian ini menggunakan kaedah jejak air bagi menentukan jumlah penggunaan air oleh aktiviti penanaman kelapa sawit, getah dan padi di Malaysia. Penilaian jumlah guna air tanaman diperolehi menggunakan perisian CROPWAT 8.0 yang dibangunkan oleh FAO dan kadar evapotranspirasi ditentukan menggunakan kaedah persamaan Penmann-Monteith. Hasil kajian menunjukkan jejak air hijau bagi penanaman kelapa sawit di Malaysia adalah berjulat di antara 218 - 742 m3/tan, manakala julat jejak air biru dan jejak air perang masing-masing adalah di antara 0 - 103 m3/tan dan 7.29 - 13.2 m3/tan. Bagi penanaman getah di Malaysia, peratusan jejak air didominasi oleh jejak air hijau (67% - 94%) berbanding dengan peratusan jejak air biru sebanyak 6% - 32%. Manakala jejak air perang pula mencatatkan nilai peratus sebanyak 0.08% - 0.1%. Hasil kajian juga menunjukkan julat jejak air hijau bagi penanaman padi di Malaysia adalah sebanyak 128 - 454 m3/tan, jejak air biru berjulat di antara 48 - 127 m3/tan dan jejak air perang berjulat di antara 7.16 - 20.91 m3/tan. Kesimpulannya, hasil kajian yang diperolehi menunjukkan jumlah air hijau adalah lebih tinggi dan mencukupi bagi menampung penanaman tanaman komoditi di Malaysia berbanding dengan air biru. Ini adalah disebabkan oleh faktor taburan hujan yang agak tinggi di Malaysia. Selain dapat memberi status terkini jumlah penggunaan air bagi industri pertanian di Malaysia, hasil kajian ini juga turut memberi maklumat asas bagi membantu dalam mengenalpasti kawasan pertanian yang harus diberi tumpuan utama dan cadangan penambahbaikan boleh dilakukan ke arah pengurusan sumber air yang lebih mapan, lestari dan mesra alam.,Sarjana Sains Persekitaran
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectWater-supply-Malaysia
dc.titlePenilaian jejak air tanaman kelapa sawit, getah dan padi di Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages108
dc.identifier.callnoTD927.M8484 2015
dc.identifier.barcode001820
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83145+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.2 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.