Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463515
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muhammad Rahimi Yusop, Dr. | |
dc.contributor.author | Loh Poh Lee (P67823) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:27:53Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:27:53Z | - |
dc.date.issued | 2015-07-23 | |
dc.identifier.other | ukmvital:83144 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463515 | - |
dc.description | Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan pra-rawatan cecair ionik (IL) dari segi struktur morfologi, kumpulan berfungsi, kehabluran dan keupayaan hidrolisis berenzim ke atas pelbagai biojisim lignoselulosa. IL yang berasaskan 1-butil-3-metilimidazolium, [Bmim]+, dengan anion yang berlainan (asetat, [OAc]-; klorida, Cl-; triflurometanasulfonat, [OTf]-) telah digunakan untuk merawat biojisim lignoselulosa tumbuhan berkayu (kempas (Koompassia malaccensis) dan jelutong (Dyera costulata)) dan tumbuhan bukan berkayu (kenaf (Hibiscus cannabinus) dan sekam padi (Oryza sativa)) pada suhu 120 oC selama 6, 12 dan 18 jam. Biojisim lignoselulosa sebelum dan selepas pra-rawatan IL dianalisis dengan menggunakan mikroskop elektron imbasan medan pancaran (FESEM), spektroskopi inframerah transformasi Fourier pantulan keseluruhan dikecilkan (ATR FT-IR) dan belauan sinar-X (XRD). Hidrolisis berenzim dengan menggunakan enzim cellulase dan cellobiase telah dijalankan pada suhu 50 oC selama 48 jam untuk mengkaji hasil jumlah gula penurun (TRS) dengan menggunakan kaedah asid 3,5-dinitrosalisiklik (DNS). Imej FESEM menunjukkan bahawa sebelum pra-rawatan, struktur morfologi biojisim lignoselulosa adalah lebih rata dan padat. Selepas pra-rawatan, struktur morfologi menjadi kurang padat dan terdapat retakan. Analisis ATR FT-IR menunjukkan biojisim lignoselulosa yang dipra-rawat dengan [Bmim][OAc] menunjukkan keamatan tertinggi pada jalur 896 cm-1 dan puncak pada 1736 cm-1 telah hilang manakala tidak mempunyai perubahan yang ketara pada spektrum biojisim lignoselulosa yang diperoleh semula daripada pra-rawatan [Bmim]Cl dan [Bmim][OTf]. Analisis XRD daripada pra-rawatan [Bmim][OAc] juga menunjukkan pelebaran puncak utama yang disebabkan perubahan kehabluran selepas pra-rawatan IL dengan nyata. Hasil TRS yang lebih tinggi ditunjukkan daripada semua biojisim lignoselulosa yang dipra-rawat dengan [Bmim][OAc] berbanding dengan hasil TRS biojisim lignoselulosa tanpa pra-rawatan. Selain itu, hasil TRS untuk masa pra-rawatan selama 6 jam adalah paling optimum setelah mencapai hasil kepekatan jumlah gula penurun yang tidak berubah untuk biojisim lignoselulosa yang dipra-rawat dengan [Bmim][OAc], iaitu kempas (15.0 mg/mL), jelutong (15.0 mg/mL), kenaf (15.1 mg/mL) dan sekam padi (15.1 mg/mL). [Bmim][OAc] dengan tempoh masa pra-rawatan selama 6 jam terhadap jelutong telah dipilih untuk dikitar dan diguna semula untuk mengkaji kesan kebolekitarannya. Hasil menunjukkan [Bmim][OAc] boleh digunakan tanpa kehilangan keberkesanannya dalam kitaran semula sebanyak lima kali. Kesimpulannya, IL dapat menembus ke dalam biojisim lignoselulosa dan mencecairkan polisakarida, selulosa dan hemiselulosa. Struktur kristal selulosa dapat ditukar kepada struktur amorfus yang mempunyai jumlah luas permukaan lebih tinggi dan dapat memudahkan hidrolisis berenzim. Dalam kajian ini, [Bmim][OAc] adalah lebih sesuai digunakan berbanding dengan [Bmim]Cl dan [Bmim][OTf] untuk merawat biojisim lignoselulosa tumbuhan berkayu dan bukan berkayu.,Sarjana Sains | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Lignocellulose-Biodegradation | |
dc.title | Kajian kesan pra-rawatan cecair ionik terhadap biojisim lignoselulosa tumbuhan berkayu dan bukan berkayu | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 120 | |
dc.identifier.callno | TP248.65.L54L635 2015 | |
dc.identifier.barcode | 001819 | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83144+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.91 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.