Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463514
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Tukimat Lihan, Dr. | |
dc.contributor.author | Amelia Hazreena Abdul Ghani (P62941) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:27:51Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:27:51Z | - |
dc.date.issued | 2015-09-01 | |
dc.identifier.other | ukmvital:83143 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463514 | - |
dc.description | Cameron Highlands merupakan kawasan pertanian tanah tinggi yang utama di Malaysia. Penukaran aktiviti guna tanah daripada hutan kepada kawasan pertanian menyumbang kepada masalah geobencana seperti hakisan tanih. Hakisan tanih yang berlaku menimbulkan masalah pencemaran sungai hasil daripada sedimentasi. Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk menentukan potensi hakisan tanih, hasil enapan sedimen dan faktor yang mempengaruhinya dengan menggunakan model Revised Universal Soil Loss Erosion (RUSLE) dalam sekitaran Sistem Maklumat Geografi (GIS) di Cameron Highlands, Pahang, Malaysia. Setiap faktor RUSLE ditentukan berdasarkan maklumat erosiviti hujan (R) dengan menggunakan kaedah interpolasi data hujan, erodibiliti tanih (K) menggunakan peta tanih serta panjang dan kecuraman cerun (LS) menggunakan peta kontur. Manakala bagi faktor litupan tumbuhan (C) dan amalan pemuliharaan (P) dianalisis berdasarkan imej satelit Landsat TM, Landsat ETM+ dan SPOT 5 yang mewakili tahun 1990, 2001 dan 2010. Hasil enapan sedimen pula ditentukan berdasarkan hasil darab hasil kehilangan tanih tahunan (A) dengan nilai nisbah hantaran sedimen (SDR). Penentusahan di lapangan juga telah dilakukan untuk menganggarkan hakisan tanih dan hasil enapan sedimen. Hasil kajian menunjukkan potensi hakisan tanih pada tahun 1990, mendapati 43.66% kawasan kajian diketegorikan sangat rendah, 1.29% rendah, 2.03% sederhana, 2.27% tinggi dan 50.72% sangat tinggi. Manakala bagi tahun 2001, hasil kajian menunjukkan 43.71% diketegorikan sangat rendah, 0.64% rendah, 1.08% sederhana, 1.18% tinggi dan 53.40% sangat tinggi. Seterusnya, bagi tahun 2010 pula, hasil kajian menunjukkan 43.91% diketegorikan sangat rendah, 0.91% rendah, 1.46% sederhana, 1.61% tinggi dan 52.12% sangat tinggi. Analisis penilaian ketepatan bagi potensi hakisan tanih adalah tinggi (r=0.84). Hasil kajian menunjukkan perubahan guna tanah mempengaruhi nilai kehilangan tanih tahunan di mana peningkatan guna tanah seperti pertanian dan pembandaran menjadikan nilai potensi hakisan tanih semakin bertambah. Selain itu, faktor utama lain yang mempengaruhi potensi hakisan tanih adalah faktor panjang dan kecerunan cerun (r = 0.95) dan faktor erodibiliti tanih (r=0.84). Hasil enapan sedimen secara ruangan pula menunjukkan variasi nilai yang pelbagai mengikut tahun kajian. Pada tahun 1990, jumlah purata hasil enapan sedimen adalah sebanyak 14.76 tan/ha/tahun, 2001 sebanyak 28.77 tan/ha/tahun dan 2010 sebanyak 21.72 tan/ha/tahun. Integrasi GIS dan model RUSLE memberikan hasil analisis yang lebih signifikan dalam menentukan potensi kehilangan tanih dan hasil enapan sedimen terutamanya di kawasan yang luas dan mempunyai pelbagai jenis guna tanah dan kepadatan tumbuhan penutup yang berbeza. Hasil kajian ini boleh digunakan sebagai rujukan bagi tinjauan awal kawasan yang berpotensi berlakunya hakisan di kawasan tanah tinggi.,Sarjana Sains | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Sediments (Geology) - Malaysia - Pahang. | |
dc.title | Kajian potensi hakisan tanih menggunakan integrasi model RUSLE dalam sekitaran GIS di Cameron Highlands, Pahang | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 148 | |
dc.identifier.callno | S623.A464 2015 | |
dc.identifier.barcode | 001817 | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83143+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.8 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.