Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463513
Title: | Taburan dan kepelbagaian foraminifera bentik dalam sedimen di muara Sungai Pahang, Pahang |
Authors: | Muhamad Naim Abd Malek (P62881) |
Supervisor: | Ramlan bin Omar, Prof. Madya Dr |
Keywords: | Foraminifera-Malaysia |
Issue Date: | 30-Sep-2015 |
Description: | Foraminifera merupakan mikroorganisma yang memiliki taburan dan kelimpahan yang tinggi di persekitaran marin. Foraminifera cepat bertindak balas terhadap perubahan sekitaran menjadikannya sesuai sebagai bioindikator marin. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti taburan spesies foraminifera bentik yang terdapat di muara Sungai Pahang dan mengukur perhubungan antara taburan spesies mikroorganisma dengan keadaan persekitaran di kawasan tersebut. Sebanyak 48 stesen persampelan dilakukan di koordinat dengan latitud 3.7096˚ hingga 3.3098˚ U dan longitud 103.4298˚ hingga 103.6984˚T, di kawasan muara Sungai Pahang menghala ke Laut China Selatan. Sampel sedimen diambil dengan menggunakan pencakup Ponar dan dibawa ke makmal untuk dianalisis. Sampel sedimen diayak menggunakan pengayak basah dengan saiz bukaan 500 dan 150 μm. Spesimen foraminifera dilihat di bawah mikroskop cahaya dan dikumpul di dalam slaid. Kaedah hidrometer digunakan untuk penentuan tekstur sedimen manakala peratusan bahan organik dikira menggunakan kaedah pembakaran. Hasil kajian berjaya merekodkan sejumlah 18,924 individu foraminifera bentik yang terdiri daripada 83 spesies, 29 famili dan empat order. Spesies-spesies dengan kelimpahan yang tinggi ialah Amphistegina lessonii (6,386), Amphistegina gibbosa (2,388), Operculina ammonoides (1,739) dan Elphidium crispum (1,046). Peratus famili yang paling dominan pula ialah Amphisteginidae (46.36%), Hauerinidae (11.63%), Nummulitidae (9.19%), Elphididae (7.82%), Rotaliidae (6.74%), Textulariidae (4.63%), Peneroplidae (4%) dan Miliamminidae (2.09%). Lebih daripada 1,000 individu foraminifera direkodkan di lima stesen persampelan. Jenis tekstur sedimen yang utama di kawasan persampelan ialah tekstur berpasir. Julat indeks kepelbagaian Shannon-Wiener, H' adalah antara 0.64 hingga 3.17. Indeks kekayaan spesies Margalef, d adalah antara 0.37 hingga 6.44 manakala indeks kesamarataan Pielou, J' pula adalah antara 0.38 hingga 0.9. Kedalaman stesen persampelan adalah 2.32 hingga 22.9 m. Julat bacaan suhu adalah 24 hingga 28.07oC dan julat saliniti adalah 25.92 hingga 32.96 psu. Kandungan oksigen terlarut, DO direkodkan antara 2.02 hingga 7.07 mg/L. Berdasarkan analisis kluster R-mod, empat kumpulan kluster berjaya diperoleh. Kumpulan 1 terdiri daripada spesies Quinqueloculina auberiana dan Pseudorotalia schroeteriana manakala spesies Quinqueloculina philippinensis dan Textularia conica digabungkan dalam Kumpulan 2. Kumpulan 3 terdiri daripada spesies-spesies foraminifera besar dan memiliki kelimpahan dominan iaitu Amphistegina lessonii, Amphistegina gibbosa, Operculina ammonoides, Elphidium crispum dan Peneroplis pertusus. Kumpulan 4 pula dicirikan oleh gabungan spesies rotalid, miliolid dan aglutinat iaitu Ammonia beccarii, Asterorotalia pulchella, Triloculina tricarinata, Textularia pseudogramen dan Textularia agglutinans. Analisis 'Canonical Correspondence' (CCA) diantara parameter persekitaran dengan spesies utama pula menunjukkan parameter saliniti, DO, peratus lempung dan kedalaman mempengaruhi taburan spesies di kawasan kajian. Kajian lanjutan perlu dilakukan dengan melihat pengaruh kandungan logam berat dalam sedimen terhadap taburan foraminifera kerana ia dapat dijadikan sebagai data asas dalam pemantauan pencemaran perairan laut di Malaysia.,Sarjana Sains |
Pages: | 168 |
Call Number: | QL368.F6M784 2015 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83142+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.79 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.