Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463510
Title: | Kematangan seksual, keupayaan pengawanan dan kesan pemakanan cue lure" oleh lalat buah jantan Bactrocera tau (Diptera: Tephritidae) ke atas kelakuan penarikan dan persaingan pengawanan" |
Authors: | Ooi Yim Theng (P54286) |
Supervisor: | Wee, Suk Ling Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Tephritidae-Malaysia |
Issue Date: | 9-Jan-2015 |
Description: | Lalat buah Bactrocera tau (Walker) merupakan serangga perosak buah-buahan dan sayur-sayuran yang berkepentingan ekonomi, khasnya tanaman Cucurbitaceae. Jantan B. tau adalah amat tertarik kepada “cue lure” (CL), sejenis sebatian semiokimia sintetik yang merupakan bahan penarik jantan sesetengah spesies Bactrocera. Penarikan dan pemakanan bahan penarik jantan didapati berkait rapat dengan kematangan seksual jantan dan secara amnya memanfaatkan komunikasi seksual Bactrocera jantan walaupun terdapat pengecualian untuk spesies tertentu. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan kematangan seksual, keupayaan pengawanan dan kesan pemakanan CL oleh jantan B. tau ke atas kelakuan konspesies serta daya saing pengawanannya berbanding dengan jantan kawalan. Hasil pemerhatian selama 60 hari menunjukkan pengawanan pertama B. tau bermula sekitar umur 16-18 hari (1.4 %) dengan kematangan seksual optimum berlaku antara julat umur 22 hingga 44 hari (69.0 %) dan peratusan pengawanan terlonggok pada 84-92 %. Min kekerapan pengawanan B. tau jantan (4.8 ± 0.4) didapati lebih tinggi dan tempoh refraktorinya adalah lebih pendek (3.0 ± 0.2 hari) secara signifikan berbanding dengan betina (1.4 ± 0.1; 13.6 ± 1.4 hari) (P < 0.001). Didapati 48.4 % daripada betina mengawan semula selepas pengawanan pertama. Tiada perbezaan yang bererti antara purata tempoh pengawanan pertama dan berulang betina (>10 jam) dan anggaran min bilangan sperma dalam spermateka betina juga tidak menunjukkan perbezaan bererti untuk tempoh pengawanan 5 jam dan ke atas (P > 0.05). Keputusan bioasai terowong angin menunjukkan penarikan B. tau jantan kepada CL bermula pada umur 20 hari (20.0 ± 3.2 %) dengan penarikan optimum berlaku antara julat umur 30-40 hari (48-54 %). Sehari selepas rawatan, penarikan betina B. tau kepada jantan rawatan CL bermula 30 minit lebih awal dan berlanjutan 15 minit lebih lama serta lebih tinggi secara bererti dari jam 1845 hingga 1930 berbanding dengan jantan kawalan. Penarikan jantan B. tau kepada jantan rawatan CL juga didapati menunjukkan trend yang sama tetapi penarikan yang bererti hanya berlaku pada jam 1900 berbanding dengan kawalan. Ini turut disokong oleh keputusan sangkar lapangan di mana kejayaan pengawanan jantan rawatan CL didapati lebih tinggi secara bererti berbanding dengan jantan kawalan untuk sekurang-kurangnya 7 hari pascarawatan apabila daya saing pengawanannya diuji pada 1, 3, 7 dan 14 hari pascarawatan CL. Kesimpulannya, kedua-dua jantina B. tau menjalani pengawanan berulang dan pengawanan berulang betina bukan berpunca daripada tempoh pengawanan yang pendek ataupun pemindahan sperma yang tidak mencukupi. Penarikan B. tau jantan kepada CL adalah berbetulan dengan kematangan seksualnya dan pemakanan CL menjadikan jantan lebih berdaya saing dalam pengawanan serta untuk suatu tempoh yang lebih panjang. Kajian ini berjaya menjana maklumat penting mengenai biologi asas serta kepentingan ekologi CL dalam komunikasi seksual B. tau yang mungkin dapat dimanfaatkan dalam pengawalan dan pengurusan spesies perosak ini pada masa depan.,Sarjana Sains |
Pages: | 74 |
Call Number: | QL537.T42O575 2015 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83140+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.91 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.