Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463507
Title: Anatomi dan mikromorfologi bunga beberapa genus terpilih famili Acanthaceae di Semenanjung Malaysia
Authors: Muhammad Amirul Aiman Ahmad Juhari (P67829)
Supervisor: Noraini binti Talip, Prof. Madya Dr.
Keywords: Acanthaceae
Acanthaceae Classification
Issue Date: 28-Feb-2015
Description: Kajian anatomi bunga telah dijalankan ke atas 20 spesies daripada 13 genus dalam famili Acanthaceae. Tiga belas genus terpilih ialah Acanthus L. (1 spesies), Andrographis Wall. ex Nees (1 spesies), Asystasia Blume (1 spesies), Filetia Miq. (1 spesies), Hypoestes Sol. ex R.Br. (1 spesies), Justicia L. (7 spesies), Pachystachys Nees (1 spesies), Peristrophe Nees (1 spesies), Pseuderanthemum Radlk. (2 spesies), Ruellia L. (1 spesies), Sanchezia Ruiz & Pav. (1 spesies), Blechum P. Browne (1 spesies) dan Strobilanthes Blume (1 spesies). Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti dan menyenaraikan persamaan, variasi dan ciri diagnostik anatomi bunga bagi spesies dan genus terpilih daripada famili Acanthaceae. Kaedah yang digunakan bagi kajian anatomi ialah teknik siatan epidermis petal, penjernihan petal dan hirisan menggunakan mikrotom putar. Kajian mikromorfologi bunga pula melibatkan titik pengeringan kritikal, saduran emas dan cerapan di bawah mikroskop imbasan elektron Philips XL Series XL 30. Hasil kajian menunjukkan terdapat variasi dan persamaan dalam ciri anatomi bunga yang boleh digunakan untuk pembezaan dan pengecaman spesies dan genus, dan boleh diaplikasikan dalam pengelasan. Variasi ciri anatomi bunga dilihat daripada ciri kehadiran trikom, artikulasi, bentuk nektari, lapisan perian, kehadiran dan jenis lilin pada permukaan epidermis, hiasan kutikel, kehadiran dan jenis stomata, corak dinding antikilin epidermis serta kehadiran lapisan absis. Ciri umum yang dikongsi adalah kedudukan ovari pada bahagian atas daripada bahagian bunga lain atau mempunyai ovari superior serta pemplasentaan jenis aksil. Kekunci dikotomi pengecaman spesies dan genus dibina berdasarkan ciri anatomi bunga yang diperolehi daripada kajian. Kesimpulannya, hasil kajian ini berjaya membuktikan bahawa ciri anatomi dan mikromorfologi bunga mempunyai nilai taksonomi yang dapat digunakan dalam pengecaman dan pembezaan spesies dan genus dalam famili Acanthaceae.,Master/Sarjana
Pages: 301
Call Number: QK495.A1655M8445 2015 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83040+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
82.6 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.