Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463506
Title: Bioakustik udang pistol (famili: Alpheidae) dari zon pasang surut Pantai Penyabong, Johor
Authors: Lai Kean Sim (P68095)
Supervisor: Shahriman Mohd. Ghazali, Dr.
Keywords: Alpheidae
Snapping shrimps
Malaysia
Johor
Issue Date: Aug-2015
Description: Udang pistol merupakan haiwan marin yang penting dalam menentukan ciri-ciri hingar ambien sesuatu habitat marin. Dengan menggunakan udang pistol di pantai Penyabong, Johor sebagai subjek, kajian ini telah meneliti morfologi kela, ciri akustik sentapan, sifat pemilihan bahan pelindung dan pengaruh suhu dan pH terhadap frekuensi puncak bunyi sentapan udang pistol. Kaedah eksperimen di lapangan dan makmal telah dijalankan. Sepuluh spesies daripada genus Alpheus telah ditemui dengan lima spesies yang dominan dikenalpasti iaitu Alpheus felgenhaueri, Alpheus distinctus, Alpheus martini, Alpheus hyeyoungae dan Alpheus scopulus. Walaupun bentuk kela setiap spesies adalah berlainan namun corak gelombang bunyi sentapan adalah hampir sama. Aktiviti sentapan udang pistol di lapangan paling tinggi sebelum matahari terbit (1826 sentapan seminit) namun ianya tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan suhu dan pH. Di dalam makmal, eksperimen terkawal menunjukkan suhu dan pH secara berasingan tidak memberi kesan kepada frekuensi puncak bunyi sentapan udang pistol. Namun begitu, nilai frekuensi puncak bunyi sentapan udang pistol telah menurun secara signifikan (30 % lebih rendah) apabila faktor suhu dan pH digandingkan. Kajian pemilihan pelindung mendapati udang pistol menunjukkan kecenderungan dalam memilih serpihan batu karang sebagai tempat pelindungan. Manakala hasil kajian juga menunjukkan udang pistol tidak menyukai botol plastik. Penemuan dari kajian ini telah memberi kefahaman baru berkaitan kesan faktor perubahan alam sekitar ke atas aspek bioakustik udang pistol yang belum pernah dikaji. Kefahaman ini penting untuk membuat penilaian yang lebih menyeluruh terhadap impak perubahan alam sekitar ke atas hingar ambien sesuatu habitat marin dan fungsi ekosistem keseluruhan.,Master/Sarjana
Pages: 86
Call Number: QL444.M33L355 2015 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83039+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.94 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.