Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463504
Title: Penyelesaian berangka dan analisis kestabilan terhadap beberapa masalah aliran lapisan sempadan dalam nanobendalir
Authors: Mohd Amin Mohd Noor (P62508)
Supervisor: Roslinda Mohd Nazar, Prof. Dr.
Keywords: Nanofluids
Issue Date: 25-Jun-2015
Description: Dalam tesis ini, dipertimbangkan beberapa masalah aliran lapisan sempadan dan pemindahan haba berlamina mantap terhadap pelbagai jenis permukaan bagi nanobendalir likat dan tak mampat. Terdapat tiga masalah yang dipertimbangkan, iaitu (i) aliran tiga-matra dan pemindahan haba melewati permukaan telap mengecut di dalam nanobendalir; (ii) aliran titik genangan dua-matra dan pemindahan haba terhadap permukaan mengecut di dalam nanobendalir; dan (iii) aliran dua-matra dan pemindahan haba pada permukaan bergerak di dalam nanobendalir sealiran. Bagi menyelesaikan masalah-masalah tersebut, persamaan-persamaan menakluk lapisan sempadan dalam bentuk persamaan pembezaan separa dijelmakan kepada bentuk persamaan pembezaan biasa melalui penjelmaan keserupaan sebelum diselesaikan secara berangka menggunakan fungsi bvp4c dalam MATLAB dan juga kaedah tembakan dalam MAPLE. Keputusan berangka bagi pekali geseran kulit, nombor Nusselt setempat dan nombor Sherwood setempat serta profil-profil halaju dan suhu diperoleh dan dibincangkan secara mendalam untuk suatu julat pelbagai parameter tak bermatra, yang dipersembahkan dalam bentuk rajah dan jadual. Parameter-parameter yang terlibat tertakluk kepada masalah-masalah di atas adalah nombor Lewis Le, parameter pergerakan Brownan Nb, parameter termoforesis Nt, nombor Prandtl Pr, pecahan isi padu nanozarah ϕ, parameter sedutan/semburan s, parameter meregang/mengecut dan parameter permukaan bergerak. Dapat diperhatikan bahawa pekali geseran kulit, nombor Nusselt setempat dan nombor Sherwood setempat sangat dipengaruhi oleh parameter-parameter tersebut. Selain itu, penyelesaian dual diperoleh bagi julat tertentu parameter sedutan/semburan, parameter meregang/mengecut dan parameter permukaan bergerak. Analisis kestabilan kemudian dijalankan dengan menyelesaikan masalah nilai eigen linear menggunakan fungsi bvp4c bagi menentukan penyelesaian yang stabil dan boleh wujud secara fizikal. Keputusan bagi analisis kestabilan dipersembahkan bagi ketiga-tiga masalah yang dipertimbangkan.,Master/Sarjana
Pages: 136
Call Number: QA913.M8445 2015 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83037+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.17 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.