Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463503
Title: Sintesis dan pencirian terbitan 1,1-dibenzil-3-(R-benzoil) tiourea
Authors: Mohd Faizal Md Nasir (P62668)
Supervisor: Mohammad B. Kassim, Prof.Dr.
Keywords: Thiourea
Issue Date: 19-Aug-2015
Description: Sebanyak enam belas terbitan 1,1-dibenzil-3-(R-benzoil) R= H ; [(o-,m-,p-) Cl, Br, F, Me dan OMe] telah berjaya disintesis melalui tindak balas kondensasi di antara bahan pemula R-benzoil klorida dengan kalium tiosianat untuk menghasilkan sebatian pertengahan benzoilisotiosianat. Seterusnya, benzoilisotiosianat dan dibenzilamina bertindak balas bagi menghasilkan terbitan 1,1-dibenzil-3-(R-benzoil)tiourea. Semua sebatian diciri berdasarkan analisis unsur, spektroskopi [jisim, inframerah, ultralembayung boleh nampak (UV-Vis) resonans magnet nukleus (1H dan 13C)] dan kristalografi sinar-X. Formula empirik/jisim (m/z) terbitan 1,1-dibenzil-3-(Rbenzoil) tiourea R= H ; [(o-,m-,p-) Cl, Br, F, Me dan OMe] adalah masing-masing C22H20N2OS/360, C22H20N2OSCl/395, C22H20N2OSBr/440, C22H20N2OSF/379, C23H23N2OS/375 dan C23H23N2O2S/391 g/mol. Spektrum inframerah menunjukan jalur regangan kumpulan berfungsi v(N-H), v(C=O), v(C=C) dan v(C=S) masing-masing pada sekitar 3492 - 3173, 1643 - 1707, 1491 - 1527 dan 1237 - 1258 cm-1. Spektra RMN 1H (DMSO-d6) merekodkan isyarat δ(N-H) pada kedudukkan medan tinggi 10.64 - 11.24 ppm manakala proton aromatik fenil berada pada 7.00 - 7.95 ppm. Moeiti dibenzil adalah tidak setara dengan proton metilena C9 dan C16 masingmasing pada 4.65 - 4.84 dan 5.16 - 5.25 ppm. Spektrum 13C merekodkan isyarat C=S dan C=O masing-masing pada 180 - 184 dan 162 - 167 ppm. Lapan struktur 1,1- dibenzil-3-(R-benzoil)tiourea (R= o-Cl, o-Br, m-Cl, p-Cl, p-Br, p-F, p-Me and p- OMe) telah berjaya ditentukan dengan kristalografi sinar-X. Terbitan o-Cl dan o-Br menghablur di dalam sistem tetragonal dengan kumpulan ruang P43 manakala m-Cl dan p-Br mempunyai sistem triklinik dengan kumpulan ruang P-1. Struktur p-Cl dan p-F menghablur di dalam sistem monoklinik dengan kumpulan ruang P21/n. Struktur p-Me dan p-OMe mempunyai sistem monoklinik dengan kumpulan ruang C2/c. Semua struktur distabilkan oleh ikatan hidrogen intramolekul dan intermolekul masing-masing. Spektrum UV-Vis semua sebatian menunjukkan kehadiran jalur peralihan π→π* (λ1 = 221 - 250 nm; ε = 4000 - 11000 L mol-1 cm-1) dan n→π* (λ2 = 274 - 292 nm; ε = 3500 - 9000 L mol-1 cm-1). Kajian awal anti-bakteria Bacillus subtillis, Salmonella Typhi, Escherichia coli, dan Staphylococcus aureus (SA2, SA3) menunjukkan terbitan 1,1-dibenzil-3-(R-benzoil)tiourea tidak reaktif merencat disebabkan oleh faktor ketidaklarutan semua sebatian di dalam media piawai campuran air/DMSO (95:5 %) yang digunakan untuk ujian kepekatan tunggal.,Master/Sarjana
Pages: 80
Call Number: QD315.M8445 2015 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83036+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.94 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.