Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463499
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Basri Wahid, Dato' Dr.
dc.contributor.authorMohd Amin Ab Halim (P41132)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:27:19Z-
dc.date.available2023-09-25T09:27:19Z-
dc.date.issued2015-04-04
dc.identifier.otherukmvital:83034
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463499-
dc.descriptionGen rintang (R) tumbuhan memainkan peranan penting di peringkat awal sistem pertahanan tumbuhan. Ia mengecam dan menghantar isyarat kepada sel untuk mengaktifkan sistem pertahanan tumbuhan bagi menyekat pengkolonian patogen. Fungsi ini menyebabkan ia penting dalam penentuan sifat kerentanan dan ketahanan pokok terhadap serangan patogen. Gen R telah banyak dikenalpasti pada tumbuhan-tumbuhan lain seperti padi, tomato, jagung, kentang dan barli. Namun begitu sehingga kini masih tiada gen R yang telah dikenalpasti dari genom pokok sawit. Dengan peningkatan kadar penyakit reput pangkal batang (RPB) pada pokok sawit di Malaysia, maklumat daripada analisis pengecaman gen homolog R (GHR) sawit boleh dijadikan asas penting dalam pemilihan pokok yang lebih tegar. Kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti gengen rintang daripada genom pokok sawit yang berkaitan dengan kepatogenan penyakit diikuti dengan pembinaan penanda genomik bagi gen-gen tersebut. Kesemua maklumat yang telah diperolehi dari kajian ini disimpan secara sistematik di dalam pangkalan data yang telah dibina khusus untuk kajian ini. Kajian ini telah berjaya mengenalpasti homolog gen R di dalam genom pokok sawit dengan melakukan analisis perbandingan jujukan gen R di antara genom pokok sawit dengan 12 spesies tumbuhan lain. Ramalan jujukan akson melalui perbandingan dengan tumbuhan model sawit dan Oryza sativa telah berjaya mengenalpasti 144 jujukan GHR sawit yang berkualiti tinggi. Analisis struktur komposisi domain ke atas jujukan gen R telah berjaya mengkelaskan GHR sawit kepada enam kelas gen R. Hasil analisis ini telah digunakan untuk membina penanda genomik bagi melihat perbezaan pengekspresan fenotip kerintangan di dalam empat sampel hibrid sawit yang mempunyai sifat kerintangan yang berbeza terhadap penyakit RPB. Hasil analisis filogenetik ke atas profil pengekspresan ini telah berjaya mengelompokkan profil ini kepada empat kelas yang terbahagi ke dalam dua kumpulan utama iaitu kelas rentan dan rintang. Pengkelasan ini menunjukkan bahawa terdapatnya perbezaan di dalam jujukan-jujukan GHR tersebut dan maklumat ini boleh digunakan dalam membuktikan penglibatan GHR sawit dalam tindakbalas gen kerintangan pada tumbuhan. Pangkalan data khusus untuk kajian dinamakan “Palm Oil Resistance Genes Homolog Database” (PRHdb) telah dibina bagi mengurus dan menyimpan data serta hasil kajian secara sistematik untuk memudahkan proses pencarian data untuk kajian selanjutnya.,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectOil palm
dc.subjectDiseases and pests
dc.subjectControl
dc.titlePengenalpastian gen rintang homologi pada sawit (E. guineensis) dan penentuan lokus gen dengan menggunakan penanda jujukan ringkas berulang (SSR)
dc.typetheses
dc.format.pages129
dc.identifier.callnoSB608.O27M8445 2015
dc.identifier.barcode001813
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83034+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.31 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.