Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463498
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Laily Din, Prof. Dato' Dr. | - |
dc.contributor.author | Saranyapiriya Gunasekaran (P62826) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:27:17Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:27:17Z | - |
dc.date.issued | 2016-06-02 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:82993 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463498 | - |
dc.description | Tujuan utama kajian ini adalah untuk memencilkan metabolit sekunder daripada ekstrak liken frutikus tanah tinggi Usnea rubrotincta, Ramalina dumeticola dan Cladonia verticillata yang mempunyai sifat antibakteria dan antioksida. Kandungan fenol dan flavonoid dalam ekstrak ditentukan menggunakan masing-masing kaedah Folin-Ciocalteu dan Jumlah Kandungan Flavonoid (JKFl). Aktiviti antibakteria diuji menggunakan kaedah Kepekatan Perencatan Minimum (KPM), manakala aktiviti antioksida diuji menggunakan penentukuran peratus skaven radikal bebas 1,1-difenil-2-pikril-hidrazil (DFPH) bagi ekstrak kasar dan metabolit sekunder yang dipencilkan. Pemencilan dijalankan menggunakan kromatografi turus dan Kromatografi Cecair Prestasi Tinggi Preparatif (KCPTP). Metabolit sekunder dikenalpasti menggunakan Kromatografi Cecair Prestasi Tinggi (KCPT), Spektrometri Jisim dan Resonans Magnetik Nukleus (RMN). Kedua-dua ekstrak liken U. rubrotincta dan R. dumeticola menunjukkan aktiviti antibakteria yang memberangsangkan terhadap Gram positif Staphylococcus aureus dan Bacillus subtilis di mana KPM yang direkodkan adalah ekstrak aseton U. rubrotincta dengan nilai 15.63 μg/mL yang setanding dengan antibiotik komersial Vankomisin. Walau bagaimanapun semua ekstrak tidak aktif terhadap Gram negatif Escherichia coli. Ekstrak Cladonia verticillata tidak aktif terhadap bakteria Gram negatif mahupun Gram positif pada kepekatan yang paling tinggi yang diuji iaitu 500 μg/mL. Kandungan fenol dan flavonoid dalam ketiga-tiga liken berada dalam lingkungan 43.12-101.62 mg GAE/g ekstrak dan 24.92-165.03 mg QE/g ekstrak masing-masing. Kesemua ekstrak liken yang diuji telah memaparkan kurang daripada 50% aktiviti skaven radikal bebas. Sebanyak enam metabolit sekunder telah diasingkan daripada ekstrak aseton dan metanol R. dumeticola dan U. rubrotincta. Sebatian UR1 dan RD1 didapati dalam kedua-dua ekstrak aseton liken yang dikenal pasti sebagai asid usnik dan atranorin. SF1.3 dan SF1.5 telah diasingkan daripada ekstrak aseton dari R. dumeticola telah dikenal pasti sebagai asid hiperhomosekikaik dan asid sekikaik. Berhubung dengan ekstrak metanol daripada U. rubrotincta, dua lagi sebatian telah dipencil iaitu SF3.4, asid 8-hidroksibarbatik dan UR2, asid barbatik. Antara sebatian-sebatian yang dipencilkan, asid usnik memaparkan perencatan yang paling signifikan terhadap kedua-dua bakteria Gram positif pada KPM 7.81 μg/mL. Walau bagaimanapun, semua sebatian tidak mempamerkan perencatan terhadap bakteria Gram negatif. Asid sekikaik memaparkan 69.57% aktiviti skaven radikal bebas berbanding sebatian lain yang hanya memaparkan kurang daripada 50% aktiviti skaven radikal bebas terhadap DFPH.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Antibakteria | - |
dc.subject | Antioksida | - |
dc.subject | Liken | - |
dc.subject | Metabolit sekunder | - |
dc.subject | Antioxidants | - |
dc.title | Kajian aktiviti antibakteria dan antioksida liken Usnea rubrotincta, Ramalina dumeticola dan Cladonia verticillata serta pemencilan metabolit sekunder mereka | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 85 | - |
dc.identifier.callno | TP159.A5S246 2016 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82993+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 109.38 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.