Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463497
Title: Kajian unjuran kadar alir di lembangan Sungai Pahang menggunakan model SWAT
Authors: Mohd Syazwan Faisal Mohd (P70548)
Supervisor: Liew Ju Neng, Prof. Madya Dr.
Keywords: Perubahan iklim
Unjuran kadar alir
Lembangan Sungai Pahang
Streamflow -- Simulation methods
Issue Date: 22-Jul-2016
Description: Lembangan Sungai Pahang merupakan salah sebuah lembangan sungai terpenting di Pahang yang berfungsi sebagai bekalan sumber air bagi sektor domestik, pertanian, perikanan dan janakuasa. Unjuran perubahan iklim ke atas kadar alir sungai bagi lembangan Sungai Pahang telah dilakukan dengan menggunakan model Soil and Water Assessment Tools (SWAT). Model SWAT yang digunakan telah ditentu-ukur bagi tempoh sembilan tahun (1989-1997) dan mempunyai nilai pekali penentuan, R2=0.84, keefisienan Nash-Sutcliffe, NSE=0.83 dan peratus pincang, PBIAS= -3.8. Seterusnya model ditentu-sahkan bagi tempoh lapan tahun (1998-2006) dan mempunyai nilai R2=0.72, NSE=0.61 dan PBIAS= -14.7. Akhir sekali model SWAT digunakan untuk mensimulasi unjuran kadar alir bagi lembangan Sungai Pahang di stesen Lubok Paku dengan menggunakan data hujan unjuran dari proses penurunan-skala secara berstatistik dari tujuh Model Iklim Sejagat (GCMs) berasaskan dua senario iklim iaitu Representative Concentration Pathways (RCP) 4.5 dan 8.5. Data-data hasil simulasi kemudiannya dihimpun purata mengikut senario masing-masing. Keputusan unjuran himpunan purata bagi kadar alir bulanan dijangka meningkat sehingga 24% pada bulan Julai bagi tempoh 2010-2040, sehingga 68% pada bulan Ogos bagi tempoh 2041-2070 dan sehingga 67% pada bulan Ogos serta hanya -1.3% penurunan kadar alir purata pada bulan November bagi tempoh 2010-2040 untuk senario RCP 4.5. Bagi senario RCP 8.5 pula, diunjurkan peningkatan sehingga 23% pada bulan Ogos bagi tempoh 2010-2040, sehingga 88% pada bulan Ogos bagi tempoh 2041-2070 dan sehingga 154% pada bulan Ogos bagi tempoh 2071-2100 serta tiada sebarang unjuran penurunan purata kadar alir didapati. Kesimpulannya, lembangan Sungai Pahang diunjurkan mengalami peningkatan kadar alir bagi kesemua bulan di masa hadapan,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 101
Call Number: GBQC1207.M84794 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82992+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
435.91 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.