Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463492
Title: Pengkompleksan garam 5,5,7,12,12,14-heksametil-1,4,8,11-tetraazasiklotetradeka-7,14-dienium dibromida dengan logam lantanida
Authors: Nurul Atikah Safiin (P62230)
Supervisor: Bohari M. Yamin, Prof. Dr.
Keywords: Logam lantanida
Garam
Macrocyclic compounds
Issue Date: 22-Jan-2016
Description: 5,5,7,12,12,14-heksametil-1,4,8,11-tetraazasiklotetradeka-7,14-dienium dibromida telah ditindakbalas dengan lapan garam lantanida La(NO3)3.6H2O, LaCl3, La(CH3CO2)3, YbCl3.6H2O, Yb(CH3CO2)3.4H2O, DyCl3.6H2O, Ce(SO4)2.4H2O dan Ce(NO3)3.6H2O. Hanya (Me6[14]N4diene)La(NO3)3.5H2O menujukkan pembetukan kompleks lantanum. Garam-garam yang lain pula membentuk kompleks dengan etilenadiaminium yang tergradasi daripada makrosiklik yang masing-masing mempunyai formula 2[LaBr2Cl(C2N2H8)2](H2O), LaBr2(CH3CO2)3(C2N2H10)(3H2O), 2[YbCl2Br(C2H8N2)2]2H2O,YbBr2(CH3CO2)3(C2H8N2)2.6H2O,2[DyCl2Br(C2H6N2)2. 2H2O)], (CeS3O12)(C3H15N3)(3H2O) and 2[Ce(NO3)3(C2H8N2).H2O]. Data analisis mikrounsur, spektroskopi jisim, Infra merah, pembelauan sinar-X, foroelektron sinar- X dan analisis gravimetri termal bersetuju dengan formula yang dicadangkan. Kompleks (CeS3O12)(C3H15N3)(3H2O) terhablur dalam sistem monoklinik dengan kumpulan ruang P21/c1 a=6.6206(9), b=26.587(3), c=9.9846(13), β= 104.407(3)Å, V= 1702.2(4) 3 dan Z=4, 2.246 Mg/m 3 . Struktur hablur menunjukkan ia membentuk 2 dimensi yang terdiri daripada rangkaian atom serium dengan kumpulan sulfat dan kation etilenadiaminium terletak antara rangkaian. Kajian XRD menunjukan pada suhu 350°C rangkaian tersebut runtuh dengan terhurainya etilenadiaminium daripada struktur rangkaian. Spektrum XPS menunjukkan terdapat dua ikatan antara Ce-O dan Ce-S . Ketiadaan ikatan Ce dan N menunjukan kedudukan etilenadiaminium yang agak jauh dalam rangkaian. Kesemua termogram kompleks kecuali kompleks 2[LaBr2Cl(C2N2H8)2](H2O) menunjukkan tiga langkah kehilangan jisim. Kehilangan jisim yang pertama berlaku pada suhu 70-160°C diikuti kehilangan jisim yang kedua pada suhu 180-340°C . Kehilangan jisim langkah ketiga berlaku sekitar suhu 350-450 °C dan meninggalkan residu antara 31-64%.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 127
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82987+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
85.23 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.