Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463491
Title: Pencirian liken Dirinaria sp. daripada komuniti liken di Klang dan Jerantut
Authors: Siti Norsaidah Ibrahim@Tamrin (P61341)
Supervisor: Farah Diba Abu Bakar, Prof. Madya Dr.
Keywords: Liken
Mikobion
Fotobion
Kulat
Alga
Lichens -- Malaysia -- Classification
Issue Date: 8-Jun-2016
Description: Liken umumnya adalah organisma seperti-tumbuhan bertalus yang terdiri daripada penyatuan simbiotik antara mikobion (kulat) dan fotobion (alga dan /atau sianobakteria) yang sensitif kepada pencemaran udara. Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan simbion dalam liken spesies Dirinaria yang diambil daripada komuniti liken dari dua kawasan dengan tahap kualiti udara yang berbeza (berdasarkan Indeks Pencemaran Udara, IPU), dalam bandar Klang (kualiti udara rendah, nilai IPU 62.87 μg/m3) dan pinggir bandar Jerantut (kualiti udara tinggi, nilai IPU 33.94 μg/m3). Sebanyak 70 sampel liken diambil secara terus dari persekitaran (35 komuniti liken berbeza bagi setiap kawasan) dan dianalisis menggunakan pendekatan morfologi, kimia dan molekul. Menariknya, analisis morfologi menunjukkan struktur pembiakan seksual, apotesia hanya dikesan dalam sampel liken daripada Jerantut sahaja. Pengenalpastian metabolit sekunder daripada 70 sampel liken melalui Kromatografi Lapisan Nipis (KLN) menunjukkan bahawa kesemua sampel liken mengandungi sebatian atranorin, asid divarikatik dan terpena. Analisis filogenetik ke atas mikobion liken menggunakan penanda ITS rDNA kulat telah mengesahkan bahawa kesemua mikobion dalam sampel liken adalah daripada genus Dirinaria yang membentuk 2 klad utama (1 dan 2) iaitu Klad 1 yang mengandungi 5 subklad (1a, 1b, 1c, 1d, and 1e) dan Klad 2 dengan 2 subklad (2a and 2b). Liken D. applanata K9 (Klad 1b) dan 18 Dirinaria sp. daripada Klad 2b telah didapati secara ekslusif dari Klang, manakala sebanyak 30 liken Dirinaria sp. daripada Klad 1a dan Dirinaria sp. BRY-J7 (Klad 1c) adalah dari Jerantut. Majoriti besar ahli daripada Klad 1d (16 liken Dirinaria sp.) dan Klad 1e (4 liken Dirinaria sp. yang berkait rapat dengan D. picta) adalah dari Klang. Analisis filogenetik ke atas pasangan fotobion menggunakan penanda ITS rDNA alga telah menunjukkan bahawa kesemua fotobion alga tergolong dalam genus Trebouxia dalam 2 klad utama (1 and 2) iaitu Klad 1 yang mengandungi 4 subklad (1A, 1B, 1C dan 1D) dan Klad 2 dengan 2 subklad (2A and 2B). Mikobion liken spesies Dirinaria dari Klang dan Jerantut berkongsi pasangan fotobion Trebouxia yang sama iaitu Klad 1A yang mengandungi T. galapagensis, Klad 1B yang mengandungi Trebouxia photobiont RG1 dan Klad 1C yang mengandungi T. higginsiae. Fotobion daripada Klad 1B dan Klad 2B membentuk klad Trebouxia tersendiri. Oleh itu, secara umumnya, mikobion genus Dirinaria daripada komuniti liken di Klang dan Jerantut mempunyai selektiviti yang sederhana terhadap pasangan fotobionnya, tetapi sekumpulan mikobion liken Dirinaria sp. daripada Klad 1d didapati sangat selektif terhadap fotobionnya kerana hanya bersatu dengan alga Trebouxia sp. daripada Klad 2B. Menariknya, pasangan mikobion daripada Klad 1a adalah hanya dari Jerantut manakala pasangan mikobion daripada Klad 2b adalah secara ekslusifnya dari Klang. Oleh itu, ini mungkin menunjukkan bahawa faktor geografi dan kualiti udara mempengaruhi corak taburan liken spesies Dirinaria,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 209
Call Number: QK584.S593 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82986+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
243.06 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.