Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463490
Title: Kesan penambahan serbuk boron karbida ke atas sifat fizik, mekanik, mikrostruktur dan penyerapan neutron terma terhadap konkrit simen Portland
Authors: Fatin Nabilah Tajul Ariffin (P57496)
Supervisor: Sahrim Haji Ahmad, Prof. Dr.
Keywords: Boron karbida
Penyerapan neutron
Konkrit konvensional
Boron mechanical properties
Issue Date: Mar-2016
Description: Kajian dilakukan untuk menentukan keberkesanan konkrit konvensional sebagai bahan perisaian neutron terma dengan penambahan serbuk boron karbida (B4C) yang mempunyai keratan rentas penyerapan neutron yang luas. Hidrogen yang terkandung dalam konkrit bertindak sebagai pelemah neutron pantas, manakala B4C bertindak menyerap neutron terma. Rekabentuk bancuhan konkrit konvensional gred 20, 40 dan 60 (kaedah British) ditambah 5% bt dan 20% bt serbuk B4C dari berat simen. Penambahan B4C mengurangkan kebolehkerjaan konkrit basah dengan turunan tidak mencapai 30 mm bagi penambahan sehingga 20% bt B4C. Ketumpatan kering konkrit gred 20 menurun dengan penambahan B4C dan meningkat bagi konkrit gred 40 dan 60. Kekuatan mampatan konkrit gred 40 dan 60 semakin meningkat dengan penambahan 5% dan 20% bt B4C kecuali bagi gred 20 yang mengalami pengurangan 8% daripada konkrit kawalan. Peningkatan kekuatan mampatan adalah kerana partikel B4C yang bersaiz 15 μm bertindak sebagai pengisi liang-liang di dalam struktur konkrit. Ujian mikroskopi elektron imbasan (SEM) menunjukkan pengurangan liang pada imej morfologi luaran konkrit dengan pengisi partikel B4C berbanding konkrit kawalan. Semua imej morfologi konkrit kawalan menunjukkan struktur C-H dengan penampilan floret, serat seperti etringit dan bentuk kapas yang menerangkan nilai kekuatan mampatan konkrit yang rendah. Manakala konkrit gred 40 dan 60 dengan bahan tambah B4C mempunyai imej struktur C-S-H seperti sarang lebah dan permukaan yang lebih padat. Ujian radiasi neutron menggunakan pengesan pembalikkan neutron mudah alih dengan sumber neutron pantas (Am-Be 241) menunjukkan sampel konkrit yang mengandungi 20% bt B4C mencatatkan bilangan neutron terma yang paling rendah bagi semua gred konkrit. Penambahan sehingga 20% bt B4C adalah lebih efektif untuk menangkap neutron berbanding konkrit kawalan dan konkrit dengan 5% bt B4C. Kandungan partikel B4C yang tinggi dalam konkrit berjaya menangkap neutron terma yang telah diperlahankan oleh atom hidrogen. Oleh itu, pengesan He-3 hanya mengesan jumlah bilangan neutron terma yang sedikit. Kajian ini menunjukkan keberkesanan penyerapan neutron secara optimum oleh konkrit gred 60 dengan bahan tambah 20% bt B4C.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 100
Call Number: QD181.B1F338 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82983+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
173.79 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.