Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463488
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFarah Diba Abu Bakar, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorHazirah Abdol Wahab (P53397)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:26:57Z-
dc.date.available2023-09-25T09:26:57Z-
dc.date.issued2016-06-06
dc.identifier.otherukmvital:82982
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463488-
dc.descriptionKebanyakan protein yang dirembes oleh organisma eukariot disintesis sebagai prekursor praproprotein. Jujukan-pra (peptida isyarat) mengaruh proses translokasi protein ke dalam rektikulum endoplasma kasar (RE), manakala jujukan-pro memainkan peranan penting dalam proses pematangan protein. Objektif pertama kajian ini ialah untuk mengkaji keupayaan beberapa kombinasi jujukan isyarat rembesan (JIR) dalam mengaruh proses perembesan protein pelapor di dalam Aspergillus niger. JIR homolog terpilih yang mengekod jujukan peptida isyarat (JPI) bagi protein yang dirembes pada tahap yang tinggi, iaitu protein LacA (beta galaktosidase), BglA (beta glukosidase), GlaA (glukoamilase) dan XynB (xilanase) diklon ke dalam vektor pengekspresan episom (ANEp2) yang membawa sama ada jujukan prolacAm (mengekod jujukan matang LacA dengan jujukan-pro) atau lacAm (mengekod jujukan matang LacA, tanpa jujukan-prapro) yang berfungsi sebagai gen pelapor. Seterusnya, A. niger strain PY11 ditransformasi dengan vektor pengekspresan ANEp2 yang masing-masing membawa sama ada jujukan-pra atau kombinasi jujukan-pra/pro yang berbeza. Kecekapan rembesan (KR) bagi JIR tersebut kemudiannya ditentukan melalui aktiviti enzim pelapor LacA yang dihasilkan secara ekstrasel. Perbandingan di antara jujukan-pra yang digunakan dalam kajian ini, menunjukkan bahawa jujukan-pra daripada lacA dan bglA mempunyai KR yang paling tinggi dalam mengaruh perembesan protein proLacAm. Melalui perbandingan di antara kombinasi jujukan-pra/pro pula, dapat dilihat bahawa perembesan protein LacAm yang diaruh melalui jujukan-prapro glaA dan jujukan-prapro xynB menunjukkan aktiviti enzim LacA yang paling tinggi berbanding proses perembesan yang diaruh melalui kombinasi jujukan-pra dan jujukan-pro yang berasal daripada gen yang berbeza. Apabila proses perembesan LacA diaruh dengan hanya menggunakan jujukan-pra LacA, di mana jujukan-pro protein tersebut disingkirkan, aktiviti enzim LacA berkurangan secara signifikan. Objektif kedua kajian ini ialah untuk meningkatkan tahap KR JPI homolog terpilih. Bagi mengkaji kesan kecenderungan penggunaan kodon pada kedudukan asid amino kedua (P2) JPI terhadap tahap perembesan protein pelapor di dalam A. niger, varian yang mengandungi mutasi senyap pada kodon P2 dibina. Mutasi senyap pada kodon P2 JPI LacA yang telah dimutasi kepada kodon bukan optimum mengekod Lys (Lys2, AAG  AAA), menyebabkan penurunan terhadap aktiviti enzim LacA. Mutasi senyap pada kodon P2 JPI GlaA yang telah dimutasi kepada kodon optimum mengekod Ser (Ser2, TCG  TCC) pula, menyebabkan peningkatan sebanyak 10 kali ganda terhadap aktiviti enzim pelapor LacA. Bagi mengkaji kesan tahap hidrofobik keseluruhan terhadap tahap KR JPI, varian yang membawa mutasi penggantian yang dapat meningkatkan tahap hidrofobik keseluruhan JPI dibina. Mutasi penggantian pada JPI LacA (Cys7  Leu7) dan JPI GlaA (Ser10  Leu10) menyebabkan peningkatan terhadap aktiviti enzim pelapor LacA. Aktiviti enzim LacA meningkat sebanyak 14 kali ganda apabila perembesan protein pelapor diaruh melalui varian JPI GlaA (Ser10  Leu10) berbanding perembesan yang diaruh melalui JPI natif GlaA. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa JPI daripada protein LacA dan BglA adalah paling cekap dalam mengaruh proses perembesan protein LacA di dalam A. niger. Kodon P2 dan tahap hidrofobik keseluruhan JPI pula merupakan kriteria penting untuk meningkatkan tahap kecekapan rembesan jujukan peptida isyarat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectAspergillus niger
dc.subjectJujukan isyarat
dc.subjectPerembesan protein
dc.subjectGenetic engineering
dc.titlePengubahsuaian genetik terhadap jujukan isyarat rembesan homologi bagi meningkatkan pengekspresan ekstrasel B-galaktosidase di dalam Aspergillus niger
dc.typetheses
dc.format.pages156
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82982+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
412.54 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.