Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463485
Title: Penyahwarnaan air sisa industri tekstil secara pengoksidaan elektrokimia menggunakan elektrod komposit logam berasaskan arang
Authors: Zuhailie Zakaria (P67320)
Supervisor: Mohamed Rozali Othman, Prof. Dr.
Keywords: Air sisa
Industri tekstil
Pengoksidaan
Komposit logam
Arang
Textile waste
Issue Date: 26-Jul-2016
Description: Kajian mengenai penyahwarnaan air buangan industri tekstil melalui kaedah pengoksidaan elektrokimia telah dijalankan. Dalam kajian ini, elektrod komposit logam yang berasaskan lima jenis arang yang diperolehi dari pembakaran terkawal batang kelapa, kayu getah, kulit tebu, batang bakau dan arang teraktif komersil telah digunakan untuk menghasilkan elektrod yang efektif dan berkos rendah dalam menyahwarnakan air sisa industri tekstil. C.I. Reactive Orange 16 (RO16) telah dipilih sebagai pewarna ujian kerana ketahanannya yang tinggi terhadap kaedah perawatan konvensional. Untuk mengatasi masalah perlekatan elektrod yang dibina kepada dawai penghubung perak, sistem elektrod dua lapisan dibina, lapisan atas terdiri dari campuran serbuk-serbuk arang (C), grafit (CG), logam dan PVC manakala lapisan bawah terdiri dari campuran serbuk grafit dan PVC. Selepas ujian pengoptimuman, elektrod komposit C30CG18Sn12PVC40-CG60PVC40 akhirnya dipilih sebagai komposisi terbaik. Kajian kronokoulometri yang dijalankan menggunakan elektrod-elektrod komposit tin berasaskan arang yang diperolehi daripada pembakaran batang kelapa, kayu getah, kulit tebu, batang bakau dan arang teraktif komersil berjaya menyahwarnakan larutan 200 mg/L RO16 masing-masingnya sehingga 98.5, 96.2, 83.0, 71.2 dan 29.6% selepas 20 minit elektrolisis. Penyahwarnaan RO16 ditentukan oleh perubahan keamatan penyerapan kumpulan azo (-N=N-) yang diukur menggunakan spektrofotometer UV-Nampak (UV-Vis), manakala nilai permintaan oksigen kimia (COD) diukur menggunakan spektrofotometer Hach. Mikroskop Imbasan Elektron Tekanan Kebolehubahan (VP-SEM), Brunauer-Emmett-Teller (BET) dan Spektroskopi Inframerah Pemindahan Fourier (FTIR) digunakan bagi menganalisis setiap arang yang digunakan dan didapati kapasiti penjerapan bukan faktor utama yang menentukan keberkesanan elektrod, tetapi penghasilan ion hipoklorit (OCl-) daripada larutan NaCl yang digunakan sebagai elektrolit penyokong merupakan faktor utama dalan penyahwarnaan RO16. Kajian seterusnya mendapati bahawa arang dari batang pokok kelapa merupakan arang terbaik yang boleh digunakan dalam pembinaan elektrod dan pengoptimuman telah dijalankan ke atas saiz zarah arang, peratus PVC, kepekatan awal RO16, jenis dan kepekatan elektrolit penyokong, keupayaan dan masa elektrolisis. Pencirian hasil pengoksidaan elektrokimia RO16 (larutan dan mendakan) dilakukan menggunakan Jumlah Pantulan Teratenuat-Spektroskopi Inframerah Pemindahan Fourier (ATR-FTIR), Kromatografi Gas-Spektrometer Jisim (GC-MS) dan Analisis Serakan Tenaga Sinar-X (EDX) menunjukkan terjadinya pemecahan ikatan kumpulan azo (N=N) dalam RO16 dan mendakan putih yang terhasil dikenalpasti sebagai SnO2. Morfologi permukaan dan komposisi unsur elektrod sebelum dan selepas elektrolisis dilakukan menggunakan Mikroskop Imbasan Elektron Medan Pancaran (FESEM) dan EDX. Perawatan RO16 secara berperingkat berupaya menyingkirkan COD dengan lebih cekap berbanding kaedah terus. Kajian penyahwarnaan air sisa tekstil dilakukan menggunakan reaktor perintis secara berperingkat dan hasil elektrolisis diciri menggunakan Kromatografi Gas-Pengesan Penangkap Elektron (GC-ECD). Analisis parameter warna, COD dan Jumlah Pepejal Terampai (TSS) air sisa tekstil menunjukkan penurunan nilai selepas proses elektrolisis manakala nilai pH sebelum dan selepas elektrolisis tidak memberikan perubahan yang ketara.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 126
Call Number: QD63.O9Z854 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82979+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
442.07 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.