Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463483
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Salam Babji, Prof.Dr.-
dc.contributor.authorNur 'Aliah Daud (P61353)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:26:48Z-
dc.date.available2023-09-25T09:26:48Z-
dc.date.issued2014-12-26-
dc.identifier.otherukmvital:82061-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463483-
dc.descriptionDalam kajian ini, aktiviti peptida bioaktif, antioksidatif dan antihipertensif, yang dihasilkan daripada filet Tilapia Merah (Oreochromis niloticus) telah dinilai. Kajian ini telah dijalankan melalui proses hidrolisis terhadap filet tersebut oleh enzim, termolisin dan alkalase, di bawah keadaan yang sesuai. Ilidrolisis ini dilakukan selama 0 - 4 jam pada 37°C, pH 7.4. Hidrolisat protein yang dikeringkan telah diuji bagi mengetahui kandungan peptida dan protein terlarut yang terhasil. Hasil peningkatan kandungan peptida dan protein terlarut dalam hidrolisat adalah berkadar langsung dengan peningkatan daijah hidrolisis oleh kedua-dua enzim proteolitik yang berbeza. Ujian sodium dodesil sulfat-gel elektroforesis poliakrilamida (SDSPAGE) telah dijalankan untuk melihat taburan berat molekul hidrolisat selepas dihidrolisis dan ketulenan sampel hidrolisat dengan berat molekul rendah selepas melalui proses ultraturasan. Hasil hidrolisat selepas 1 jam dan 2 jam pengeraman dalam proses hidrolisis telah dipilih untuk kajian lanjutan terhadap aktiviti peptida bioaktif. Kedua-dua hidrolisat telah diuji untuk aktiviti anti-oksidatif (pemerangkapan radikal 1 ,l-difenil-2-pikril-hidrazil (DPPH) dan 2,2-azinobis(3-ethylbenzothiazoline-6-asid sulfonik) (ABTS) serta ujian kapasiti kuasa penurunan) dan aktiviti anti-hipertensif (ujian perencatan enzim pengubah angiotensin (ACE)). Bagi aktiviti antioksidatif, hidrolisat daripada kedua-dua enzim menunjukkan aktiviti tertinggi selepas 1 jam pengeraman. Kajian terhadap berat molekul yang rendah menunjukkan bahawa, kedua-dua hidrolisat (oleh alkalase dan tennolisin) dengan berat molekul 10 kDa dan ke bawah (< 10 kDa) mempunyai aktiviti antioksidatif yang tinggi berbanding berat molekul < 3 kDa serta lebih tinggi daripada hidrolisat tanpa ultraturas. Bagi aktiviti anti-hipertensif, hidrolisat dengan enzim termolisin menunjukkan aktiviti anti-ACE yang tinggi selepas 1 jam pengeraman manakala hidrolisat dengan enzim alkalase menunjukkan aktiviti anti-ACE yang tinggi selepas 2 jam pengeraman. Kajian terhadap berat molekul yang rendah menunjukkan bahawa, hidrolisat dengan berat molekul < 3 kDa mempunyai kesan perencatan enzim ACE yang kuat berbanding berat molekul < 10 kDa bagi kedua-dua hidrolisat (hasil tindakbalas alkalase dan termolisin). Hidrolisat daripada Tilapia Merah boleh menyumbang kepada bahan penambahbaik terhadap kesihatan dalam mengurangkan tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas terkumpul dan juga bahan yang mempunyai kesan anti-hipertensif terhadap pengidap hipertensi, dalam makanan berfungsi.,Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPeptides-Physiological aspects.-
dc.subjectTilapia merah (Oreochromis niloticus) -Peptida-
dc.titlePenjanaan aktiviti peptida anti-oksidatif dan anti-hipertensif dalam hidrolisat protein filet tilapia merah (Oreochromis niloticus)-
dc.typetheses-
dc.format.pages102-
dc.identifier.callnoQP552.P4 N846 2014-
dc.identifier.barcode001561-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82061+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.01 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.