Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463480
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhammad Rahimi Yusop, Dr.-
dc.contributor.authorNursakinah Ibrahim (P62829)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:26:43Z-
dc.date.available2023-09-25T09:26:43Z-
dc.date.issued2015-12-02-
dc.identifier.otherukmvital:81956-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463480-
dc.descriptionDalam kajian penyelidikan ini, sistem emulsi minyak dalam air (O/W) telah dikaji untuk membangunkan sistem emulsi dalam air (EW) berasaskan sawit yang mengandungi bahan aktif klorpirifos untuk formulasi racun anai-anai. Asid Lemak Metil Ester (FAME) dan surfaktan yang berasaskan sawit telah digunakan sebagai bahan asas penyediaan emulsi O/W. Tiga siri emulsi O/W berdasarkan campuran surfaktan yang berbeza telah disediakan mengikut reka bentuk sistem Keseimbangan Hidrofilik-Lipofilik (HLB). Kajian mendapati 5% w/w campuran surfaktan Disponil dan Dehydol dengan HLB 11±1 iaitu sampel E11, E12 dan E13 merupakan kombinasi optimum dan telah dipilih dalam penyediaan emulsi yang stabil. Pemilihan sampel tersebut adalah berdasarkan ciri utama kestabilan emulsi iaitu tidak terpisah dan membentuk satu fasa homogenus emulsi yang berwarna putih susu, saiz titisan yang berjulat 1.922 - 1.942 μm, kelikatan berjulat 118.42 - 146.38 cP. dan juga nilai keupayaan zeta yang stabil pada -37.91 - -38.76 mV. Seterusnya, bahan aktif klorpirifos dimasukkan ke dalam sistem emulsi yang terpilih bagi pembentukan formulasi EW. Formulasi F13 pada HLB 12 telah menunjukkan hasil yang optimum dengan saiz titisan kecil 2.431 - 2.723 μm, kelikatan yang rendah 202.34 - 207.46 cP, kestabilan zeta -31.02 - -49.3 mV dan nilai pH pada 5.88 - 5.18 dalam tempoh tiga bulan pemerhatian. Tegangan permukaan bagi formulasi F13 adalah lebih rendah (31.92 mN m- 1 ) berbanding formulasi komersial emulsi terpekat (EC) (42.15 mN m -1 ). Dalam kajian keberkesanan biologi, rawatan formulasi F13 dan EC telah digunakan pada Coptotermes curvignathus pada kepekatan klorpirifos yang sama. Kajian ketoksikan melalui kaedah celupan dan kaedah sentuhan menunjukkan formulasi F13 mempunyai ketoksikan yang lebih tinggi berbanding formulasi EC terhadap anai-anai C. curvignathus. Kesimpulannya, emulsi EW menunjukkan keberkesanan yang setara atau lebih baik berbanding formulasi komersial EC bagi mengawal anai-anai.,Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectEmulsions.-
dc.subjectAnai-anai (Coptotermes curvignathus)-
dc.subjectEmulsi minyak dalam air-
dc.titlePembangunan emulsi minyak-dalam-air (EW) dan ketoksikannya terhadap anai-anai Coptotermes curvignathus-
dc.typetheses-
dc.format.pages101-
dc.identifier.callnoTP156.E6 N846 2015-
dc.identifier.barcode001560-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81956+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.18 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.