Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463476
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Idris Abd. Ghani, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Nicholas Anak Salleh (P54282) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:26:35Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:26:35Z | - |
dc.date.issued | 2013-08-01 | |
dc.identifier.other | ukmvital:81891 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463476 | - |
dc.description | Satu kajian mengenai kepelbagaian dan struktur komuniti spesies tebuan sosial di pinggir hutan (PH) dan dalam hutan (DH) di Hutan Simpan Kuala Lompat (HSKL) telah dijalankan selama tempoh 15 bulan antara September 2009 dan Mei 2011. Kajian ini bertujuan: (1) untuk menentukan perbezaan kepelbagaian dan struktur komuniti tebuan sosial di dalam dimensi ruang dan temporal yang berbeza dan; (2) untuk mengenalpasti faktor-faktor penyumbang kepada struktur komunitinya. Tebuan sosial telah dikumpulkan dengan menggunakan perangkap malaise, jaring sauk dan perangkap cahaya. Sejumlah 695 individu tebuan sosial yang diwakili 25 spesies dan sembilan genus daripada tiga subfamili telah berjaya dikumpulkan. Kepelbagaian spesies tebuan sosial secara keseluruhannya di HSKL didapati tidak berbeza secara beerti (P> 0.05) di dalam kedua-dua dimensi ruang (iaitu di antara PH dan DH) dan temporal. Namun begitu, struktur komuniti tebuan sosial di antara PH dan DH didapati berbeza secara beerti seperti yang disahkan melalui 'prosedur permutasi multirespon berblok' (MRBP, T= -9.324, A= 0.2938, P < 0.05). Analisa spesies petunjuk (ISA) mendedahkan bahawa sejumlah tujuh spesies bertindak sebagai petunjuk penting bagi komunti tebuan sosial di PH, manakala hanya satu spesies bagi komuniti di DH. Struktur komuniti tebuan sosial bukan sahaja berbeza secara ruang, tetapi juga berbeza secara temporal mengikut lokasi (PH: MRPP, T= -2.3499, A= 0.1847 P<0.05; dan DH: MRPP, T= -2.3499, A= 0.1847 P<0.05). Komuniti-komuniti tebuan sosial bagi kedua-dua kawasan masing-masingnya telah dikelaskan kepada dua kumpulan (iaitu I dan II) seperti disinstesis menggunakan analisis kluster berhierarki. Kumpulan-kumpulan tersebut adalah lebih jelas di dalam ordinasi pengskalaan multidimensi bukan metrik (NMDS) di mana kumpulan I didapati berkolerasi dengan suhu (r= 0.611; r2= 0.373) dan kumpulan II berkorelasi dengan kelembapan relatif (r= -0.496; r2= 0.246). Lengkuk pengumpulan spesies Mao Tau menunjukkan usaha persampelan yang hampir mencukupi dalam mengumpulkan spesies dari setiap kawasan kajian. Keseluruhannya, sejumlah 16 spesies adalah merupakan senarai tambahan tebuan sosial bagi Kuala Lompat dan satu daripadanya, Parapolybia indica merupakan satu rekod baru bagi Semenajung Malaysia. Walaupun waktu persampelan perlu ditambah untuk mendapatkan semua spesies yang mungkin dari kawasan-kawasan ini, aspek-aspek lain kajian ekologi dan tingkah laku tebuan ini juga perlu dilakukan untuk memahami dan mendapatkan maklumat penting bagi tujuan pemuliharaan.,Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Hymenoptera-Malaysia-Pahang. | |
dc.subject | Hymenoptera:Vespidae | |
dc.subject | Komuniti Tebuan | |
dc.title | Kajian kepelbagaian dan struktur komuniti spesies tebuan sosial (Hymenoptera:Vespidae) di Hutan Simpan Kuala Lompat, Pahang, Semenanjung Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 116 | |
dc.identifier.callno | QL567.5.M4 N534 2013 | |
dc.identifier.barcode | 001543 | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81891+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.36 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.