Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463474
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Azizan Ahmad, Dr | |
dc.contributor.author | Low Shwu Ping. (P48074) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:26:31Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:26:31Z | - |
dc.date.issued | 2011-12-15 | |
dc.identifier.other | ukmvital:81887 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463474 | - |
dc.description | Satu siri elektrolit polimer komposit (CPE) yang mengandungi getah asli terubahsuai, 49 % poli (metil metakrilat) cangkukan getah asli (MG49), titanium dioksida (TiO2) dan litium tetrafloroborat (LiBF4) telah disedia dan dicirikan. Filem CPE dihasilkan dengan kaedah pengacuanan larutan dimana garam litium tetrafloroborat (LiBF4) digunakan sebagai dopan yang berfungsi sebagai pembawa cas dan penambahan etilena karbonat (EC) sebagai pemplastik. Titanium dioksida (TiO2) dihasilkan dengan menggunakan teknik in-situ sol gel dalam polimer induk. Filem yang dihasilkan telah dicirikan dengan pelbagai teknik analisis seperti EIS, FTIR, XRD, TGA dan SEM bagi mengkaji kesan penambahan TiO2, LiBF4 dan EC terhadap kekonduksian ion, interaksi kimia, struktur fasa, sifat terma serta sifat morfologi. Elektrolit polimer komposit pada peratus berat 2-10 bt.% TiO2 disediakan dan analisis pembelauan sinarx menunjukkan bahawa penambahan TiO2 menurunkan darjah kehabluran dalam polimer induk. Pemeriksaan morfologi mengesahkan partikel TiO2 yang terhasil dalam julat 60 nm-100 nm dan tertabur dengan sekata dalam polimer induk. Kesan garam LiBF4 terhadap kekonduksian ion CPE dengan peratus berat 10 bt.% hingga 30 bt.% LiBF4 dikaji. Kajian analisis kekonduksian ion menunjukkan bahawa kekonduksian maksimum 1.39 x 10 -5 Scm -1 dicapai pada penambahan 6 bt.% TiO2 dengan kehadiran 30 bt.% LiBF4. Kekonduksian ion didapati meningkat dengan penambahan kepekatan garam manakala kekonduksian optimum diperoleh pada 6 bt.% TiO2. Interaksi kimia, struktur fasa, sifat terma dan morfologi bagi sampel pada peratus berat TiO2 dan LiBF4 yang mencapai kekonduksian maksimum dikaji. Analisis FTIR menunjukkan wujud interaksi diantara Li daripada garam terdop dengan kumpulan C=O dan C-O-C dari struktur rantai MMA dan juga pengkompleksan berlaku dengan penambahan LiBF4 serta TiO2. Sifat kehabluran elektrolit polimer nanokomposit didapati berkurang dengan penambahan garam dan pengisi. Analisis termogravimetri mendapati masing-masing CPE mengalami tiga peringkat degradasi iaitu degradasi garam, degradasi polimer induk degradasi kompleks CPE. Pemeriksaan morfologi pula menunjukkan kehomogenan sistem CPE dan mendapati semakin licin permukaan elektrolit, semakin tinggi nilai kekonduksian dicapai. Kesan penambahan pemplastik EC pada 10 - 50 bt.% terhadap CPE menunjukkan peningkatan nilai kekonduksian ion. Nilai kekonduksian maksimum 5.22 x 10 -4 Scm -1 dicapai pada 50 bt.% EC dan 25 bt.% LiBF4. Kekonduksian ion didapati meningkat dengan peningkatan kepekatan EC dalam CPE kerana kehadiran EC mendorong kepada penguraian garam. Kesimpulannya, kehadiran pengisi TiO2 dan pemplastik EC dalam elektrolit polimer MG49 telah meningkatkan kekonduksian ion.,Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Polyelectrolytes. | |
dc.subject | Elektrolit polimer komposit | |
dc.title | Penyediaan dan pencirian elektrolit polimer komposit 49% poli (metil metakrilat)-cangkukan getah asli-titanium dioksida-litium tetrafloroborat | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 115 | |
dc.identifier.callno | QD382.P64 L648 2011 | |
dc.identifier.barcode | 001539 | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81887+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 21.22 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.