Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463473
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFarah Diba Abu Bakar, Dr.
dc.contributor.authorSiti Hamidah Abdul Rahman (P30160)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:26:29Z-
dc.date.available2023-09-25T09:26:29Z-
dc.date.issued2011-12-15
dc.identifier.otherukmvital:81885
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463473-
dc.descriptionKajian awal terhadap genom Leucosporidium antarcticum, yis psikrofil pencilan Antartika telah mengenalpasti jujukan separa gen protein antibeku, iaitu AFP1 dan AFP2 serta gen yang mengekod protein teras lipopolisakarida dan ornitin karbomiltransferase. Objektif kajian ini adalah untuk membina perpustakaan fosmid L. antarcticum untuk menyaring dan memencilkan gen tersebut serta mencirikan produk gen-gen tersebut. Perpustakaan fosmid yang dihasilkan meliputi sepuluh kali saiz genom L. antarcticum yang dianggarkan bersaiz 10 Mb. Purata saiz selitan yang dibawa oleh setiap klon adalah 28.5 kb. Penyaringan perpustakaan L. antarcticum untuk mengesan gen antibeku AFP1 dan AFP2 telah diperoleh tetapi tidak untuk gen protein teras lipopolisakarida dan gen ornitin karbomiltransferase walaupun lebih enam kali saiz genom telah disaring. Fosmid yang membawa gen AFP1 dan AFP2 masing-masing telah dinamakan sebagai LaFOS002G01 dan LaFOS008D06. DNA selitan setiap fosmid telah diserpih sebelum diklonkan di dalam plasmid pCR @ 4Blunt-TOPO untuk membina perpustakaan plasmid. Sebanyak 576 klon plasmid daripada perpustakaan LaFOS002G01 dan 836 klon LaFOS008D06 telah dijujuk sebelum dihimpunkan menggunakan perisian Staden Package. Jujukan LaFOS002G01 telah menghasilkan lapan kontig manakala LaFOS008D06 telah menghasilkan satu kontig. Analisis BLAST terhadap kontig gagal menjumpai sebarang padanan dengan jujukan AFP1 pada kelapan-lapan kontig tetapi menunjukkan padanan dengan AFP2 pada kedudukan 31503-31676 daripada LaFOS008D06. Gen-gen lain turut dikenalpasti daripada fosmid, termasuklah gen yang mengekodkan protein pengikat aktin, protein pengikat peptida dan protein kaya histidina. AFP2 dikenalpsti mempunyai empat intron dan 197 asid amino. Terdapat juga tapak miristolasi yang menunjukkan kemungkinan protein AFP2 merupakan protein yang dirembes keluar dari sel. Analisis motif menunjukkan AFP2 mempunyai tapak putatif untuk N-miristolasi, tapak fosforilasi kasein kinase II dan tapak protein kinase C. Protein ini juga diramal mempunyai berat molekul 12881.2 Dalton, adalah protein alkali dan stabil terhadap suhu yang lebih tinggi daripada persekitarannya.,Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectAntifreeze proteins.
dc.subjectFosmid leucosporidium
dc.titlePembinaan perpustakaan fosmid leucosporidium antarcticum dan pemencilan gen mengekod protein antibeku
dc.typetheses
dc.format.pages108
dc.identifier.callnoQP552.A56 S587 2011
dc.identifier.barcode001537
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81885+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.95 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.