Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463470
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNormah Mohd Noor, Prof. Dr.
dc.contributor.authorHamidun Bunawan. (P41729)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:26:24Z-
dc.date.available2023-09-25T09:26:24Z-
dc.date.issued2011-08-11
dc.identifier.otherukmvital:81877
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463470-
dc.descriptionMorfologi, genetik dan metabolit sekunder Polygonum minus Huds. (Polygonaceae) telah dikaji. Berdasarkan ciri morfologi, tumbuhan ini menunjukkan persamaan yang hampir serupa dengan Polygonum kawagoeanum Makino dengan lima bahagian perianth, lapan stamen dan tiga stil telah dicerap. Seterusnya, struktur anatomi daun P. minus telah dikaji dalam usaha untuk menentukan implikasi dan kesignifikanan taksonomi tumbuhan ini. Kajian secara komprehensif sel-sel epidermis telah dilakukan pada permukaan adaksial dan abaksial daun dengan menggunakan mikroskop elektron dan mikroskop cahaya. Dalam P. minus, sel epidermis pada permukaan adaksial adalah poligonal sementara sel-sel berbentuk tidak teratur dengan sedikit bergelombang pada permukaan dinding abaksialnya. Ciri stomata parasitik. Satu lapisan palisad berbentuk prismatik memanjang. Penyusunan tisu vaskular bercabang kepada struktur yang lebih kecil manakala kristal jenis drus dan prismatik telah dicerap. Dua jenis trikom telah berjaya dikenalpasti: peltat berkelenjar dan trikom tidak berkelenjar (brushlike berbentuk kon, berkelompok dan multisel). Kehadiran trikom berkelenjar jenis peltat yang berjaya ditemui mencadangkan pengubahsuaian diskripsi genus Polygonum seksyen Persicaria. Kedua-dua jujukan gen kloroplas trnL-F dan gen nukleus ITS telah diperoleh daripada beberapa individu P. minus liar di Semenanjung Malaysia. Analisis genetik dilakukan dengan mengklon dan menjujuk kawasan trnL-F dan ITS. Kepadanan jujukan separa sampel menunjukkan 380pb bagi kawasan trnL-F adalah serupa. Ini menunjukkan bahawa DNA kloroplas bagi trnL-F gagal membeza aksesi P. minus. Bagaimanapun, jujukan ITS (750 bp) berbeza di antara aksesi P. minus yang dikaji sebanyak 1%. Ini menunjukkan bahawa aksesi P. minus boleh dibezakan dengan jujukan ITS. P. minus yang dikaji daripada Semenanjung Malaysia didapati unik dan berbeza daripada sinonim tumbuhan ini iaitu Persicaria minor (Hudson) Opiz dan Persicaria kawagoeana (Makino). Jujukan ITS yang dianalisis juga menunjukkan bahawa P. minus yang dikaji mempunyai hubungan yang rapat dengan P. pubescens, P. hydropiper dan P. punctata. Minyak pati P. minus telah dianalisis dengan menggunakan dua dimensi gas kromatografi jenis ion masa terbang (GCxGC-TOF MS). Secara keseluruhannya, 48 sebatian yang mempunyai persamaan dan nilai kebarangkalian yang tinggi telah dikenalpasti serta dikuantitatif. Kajian ini menunjukkan bahawa komponen utama minyak pati adalah daripada kumpulan terpena,Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectPolygonum - Research
dc.titlePolygonum minus Huds. : morfologi, genetik dan metabolit sekunder
dc.typetheses
dc.format.pages113
dc.identifier.callnoQK495.P78 H345 2011
dc.identifier.barcode001528
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81877+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.96 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.