Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463469
Title: Kesan penambahan tanah liat (Cloisite na + dan cloisite 30B) dan getah asli cecair terhadap kelakuan patah nanokomposit epoksi
Authors: Lee Yip Seng. (P41510)
Supervisor: Sahrim Hj. Ahmad, Prof. Dr.
Keywords: Nanocomposites (Materials).
Polymer clay
Cloisite Na+ (Tanah liat)
Cloisite 30 (Getah asli)
Issue Date: 10-Jun-2010
Description: Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesan penambahan tanah liat (Cloisite Na+ dan Cloisite 30B) dan getah asli cecair terhadap kelakuan patah bagi nanokomposit epoksi. Mesin penyemperitan skru-berkembar digunakan dalam kajian ini untuk menghasilkan komposit berikut. Tiga jenis komposit sistem binari dan dua jenis komposit sistem terneri telah dihasilkan, iaitu: komposit epoksi berpengisi Cloisite Na+ (ECN), nanokomposit epoksi berpengisi Cloisite 30B (ECB), komposit epoksi diperkukuh getah asli cecair (EL), komposit epoksi berpengisi Cloisite Na+ dan diperkukuh 3 phr getah asli cecair (ECNL) dan nanokomposit epoksi berpengisi Cloisite 30B dan diperkukuh 3 phr getah asli cecair (ECBL). Semua sampel disediakan mengikuti ASTM, kemudian sifat-sifat mekanik dan mikrostruktur telah dianalisis dan dikaji. Daripada keputusan mekanik yang diperolehi, penambahan tanah liat dan getah asli cecair ke dalam epoksi telah memberikan peningkatan sifat-sifat mekanik yang ketara bagi komposit yang terhasil. ECN menunjukkan peningkatan maksimum bagi keliatan patah, kekuatan regangan dan modulus Young masing-masing sebanyak 20, 35 dan 6 %. ECB menunjukkan peningkatan maksimum bagi keliatan patah, kekuatan regangan dan modulus Young masing-masing sebanyak 2, 49 dan 51 %. Berdasarkan keputusan ujian hentaman ke atas sistem binari, ECN dan ECB tidak menunjukkan sebarang peningkatan terhadap kekuatan hentaman. EL menunjukkan peningkatan yang ketara bagi keliatan patah dan kekuatan hentaman di mana meningkat sebanyak 175% dan 48 % berbanding dengan nilai epoksi tulen. Penambahan getah asli cecair ke dalam epoksi telah memberikan kesan yang negatif terhadap sifat-sifat regangan di mana kekuatan regangan dan modulus Young telah menurun. Apabila tanah liat dan getah asli cecair dicampurkan ke dalam epoksi pada masa yang sama, ECNL dan ECBL telah mencatatkan peningkatan keliatan patah yang ketara sebanyak 202% dan 160 %. Kekuatan hentaman juga menunjukkan peningkatan sebanyak 18% dan 9 % oleh ECNL dan ECBL. Peningkatan kekuatan regangan dan modulus Young bagi ECNL adalah sebanyak 17 dan 6 %, serta peningkatan sebanyak 28 dan 25 % bagi ECBL. Peningkatan sifat-sifat mekanik dapat dikaitkan dengan struktur penyebaran tanah liat interkalasi dan terkelupas tercapai bagi komposit yang dipengisi dengan Cloisite Na+ dan Cloisite 30B. Di samping itu, penyebaran zarah getah yang homogen dalam matriks dapat dikesan dalam EL. Pemerhatian ini telah dibuktikan daripada analisis SEM, TEM dan XRD.,Sarjana
Pages: 139
Call Number: TA418.9.C6 L436 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81872+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_81872+SOURCE2+SOURCE2.0.PDF
  Restricted Access
4.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.