Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463465
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Fredolin Tangang @ Tajudin Mahmud, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Ahmad Fairudz Jamaluddin. (P48406) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:26:14Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:26:14Z | - |
dc.date.issued | 2011-11-24 | |
dc.identifier.other | ukmvital:81865 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463465 | - |
dc.description | Impak ayunan Madden-Julian (MJO) terhadap taburan hujan, peredaran atmosfera dan pengangkutan kelembapan di kepulauan Benua Maritim (BM) dianalisa mengikut semua musim dan fasa-fasa MJO bagi tahun 1980 hingga 2000 berdasarkan indeks Real-time Multivariate MJO (RMM). Semasa musim panas hemisfera utara, keragaman hujan setempat merambat mengikut arah timur dan utara, dan ianya berhubungkait dengan peristiwa aktif dan istirehat monsun. Pada fasa permulaan MJO (fasa 1 hingga 3), keadaan yang lebih lembap dapat dicerap di Semenanjung Malaysia, Borneo, Sumatera dan kepulauan Jawa. Keadaan yang lebih lembap ini seterusnya dicerap berganjak ke selatan Indochina dan Filipina di fasa 4 hingga 7. Penganjakan ini disebabkan oleh pengukuhan palung monsun di fasa 4 hingga 7 dimana ianya mempengaruhi perambatan ke timur aliran kuat rentas-khatulistiwa dan ricih angin siklonik aras rendah di utara BM. Semasa musim sejuk hemisfera utara, perambatan ke timur palung 500 hPa berlaku serentak dengan perambatan siklon hemisfera selatan ke tenggara. Ini yang seterusnya berinteraksi dengan siklon hemisfera utara yang hampir-pegun menyebabkan keragaman hujan setempat merambat sepanjang Khatulistiwa. Keadaan yang lebih lembap dapat diperhatikan di bahagian selatan Indonesia semasa fasa 3 hingga 7. Sebaliknya, rantau Semenanjung Malaysia, Borneo dan Sumatera mengalami tempoh anomali yang kering dan lembap. Semasa fasa 1 dan 2, secara relatifnya Semenanjung Malaysia, Borneo dan Sumatera mengalami keadaan yang lebih kering. Keadaan yang lebih lembap pula dilihat ketara di fasa 3 dan 4. Walau bagaimanapun, fasa 5 hingga 8 memperlihatkan keadaan yang lebih kering mendominasi semula rantauan ini. Tempoh September ke November (SON) dan Mac ke Mei (MAM) memperlihatkan taburan anomali hujan yang sama, namun dengan keadaan peredaran atmosfera yang berbeza. Semasa SON, pengukuhan palung monsun mempengaruhi perambatan keragaman hujan setempat ke timur dan ke utara. Namun begitu, penumpuan aras rendah diantara aliran selatan dan timur mengekalkan anomali lembap di bahagian selatan Indonesia (fasa 5 hingga 7). Tempoh MAM pula memperlihatkan perambatan ke timur dua palung berhampiran Khatulistiwa dan seterusnya menyebabkan perambatan ke timur anomali hujan. Walau bagaimanapun, pengukuhan palung monsun di fasa 5 hingga 7, menyebabkan anomali lembap menjadi ketara di selatan Indochina dan Filipina. Penyelidikan ini turut mengkaji secara terperinci kesan MJO terhadap taburan hujan diurnal bagi tahun 2003 hingga 2007 di Semenanjung Malaysia semasa monsun barat-daya. Kewujudan anomali lembap di fasa-fasa MJO secara amnya adalah disebabkan oleh peranan yang dimainkan oleh MJO dalam mengangkut masuk kelembapan dan mempengaruhi penumpuan bayu laut-darat tempatan dengan angin monsun yang dominan. Interaksi diantara kelembapan dan penumpuan angin paras rendah ini melemahkan tenaga penghambat konvektif (CIN) yang seterusnya memudahkan kenaikan zarah-zarah udara ke rantau tenaga potensi konvektif yang tersedia (CAPE). Proses ini seterusnya menggalakkan pembentukan konvektif yang tebal. Secara keseluruhannya, penyelidikan ini menyumbang kepada pemahaman yang mendalam mengenai impak perambatan MJO terhadap anomali hujan setempat dan serantau, dan hubungannya terhadap peredaran atmosfera,Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.subject | Madden-Julian | |
dc.subject | Analisa taburan hujan - Benua Maritim | |
dc.title | Impak ayunan Madden-Julian terhadap taburan hujan, peredaran atmosfera dan pengangkutan kelembapan di Kepulauan Benua Maritim | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 119 | |
dc.identifier.callno | GC190.2.A365 2011 | |
dc.identifier.barcode | 001516 | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81865+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 15.42 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.