Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463453
Title: | Pengecaman spesies chironomidae di Sungai Langat, Selangor menggunakan kaedah morfologi dan sitogenetik |
Authors: | Syafinaz Salleh (P68113) |
Supervisor: | Ahmad Abas Kutty, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Chironomidae Sitogenetik Chironomus Polypedilum Microtendipes Chironomidae. |
Issue Date: | 26-Sep-2014 |
Description: | Chironomidae merupakan salah satu kumpulan organisma bentik yang penting dalam ekosistem akuatik. Serangga makroinvertebrat bentik ini mempunyai kelimpahan dan kepelbagaian yang tinggi terutamanya di ekosistem air tawar. Walau bagaimanapun, pengecaman taksonomi dan spesies chironomid adalah terhad disebabkan oleh kekunci taksonomi yang tidak mencukupi. Objektif ini ialah untuk menentukan taksa chironomid menggunakan pendekatan morfologi dan sitogenetik serta menghasilkan gabungan data morfologi dan sitogenetik untuk pengecaman Chironomidae. Persampelan Chironomidae telah dijalankan di bahagian hulu sungai iaitu hulu Sg Langat, Selangor. Larva chironomid yang telah berjaya disampel, dikulturkan di makmal sehingga mencapai peringkat keempat kematangan. Larva pada peringkat ini mempunyai struktur kelenjar liur yang besar. Ciri kromosom politen di dalam kelanjar liur dapat dilihat dengan jelas menggunakan larutan pewarna aseto orsein. Chironomus, Microtendipes dan Polypedilum merupakan genus yang dominan daripada lima persampelan yang dilakukan. Ketiga-tiga genus ini berbeza secara morfometri dengan mempunyai struktur mentum yang jelas berbeza. Pengecaman hingga ke peringkat spesies lebih sukar dijalankan kerana hampir setiap individu dalam genus tersebut mempunyai ciri morfologi yang hampir sama terutamanya berdasarkan jumlah gigi mandibel dan jalur plat ventromental. Penelitian secara sitogenetik telah dilakukan untuk mengasingkan ketiga-tiga genus ini kepada pengelasan peringkat hierarki yang lebih rendah. Sampel setiap genus diasingkan dalam kumpulan berbeza-beza berdasarkan factor susunan, corak dan sifat yang berbeza seperti pengatur rantau nukleolus (NOR), cincin Balbiani(BR), corak penyusunan semula dan pembentukan gelembung yang dijumpai pada lengan lengan kromosom politen. Hasil kajian telah berjaya menghasilkan 16 kumpulan daripada 60 sampel chironomid yang berbeza susunan lengan, corak dan struktur pada lengan kromosom politen yang melibatkan genus Chironomus, Polypedilum dan Microtendipes. Bagi genus Chironomus, sebanyak sembilan kumpulan kecil di bawah aras genus telah dikenalpasti. Kesemua kumpulan masing-masing mempunyai empat lengan kromosom politen iaitu merangkumi tiga lengan panjang dan satu lengan pendek. Genus Polypedilum juga mempunyai empat lengan kromosompoliten yang merangkumi tiga lengan panjang dan satu lengan pendek. Walaubagaimanapun, Polypedilum dan Chironomus dapat dibezakan kerana struktur BR dan penyusunan semula lebih kerap dijumpai pada kromosom politen Polypedilum iaitu pada lengan yang keempat. Sebanyak empat kumpulan Polypedilum telah dikenalpasti manakala tiga kumpulan daripada genus Microtendipes telah dikenalpasti. Struktur sitogenetik bagi Microtendipes jelas berbeza kerana mempunyai tujuh hingga lapan lengan kromosom politen dan mempunyai panjang yang berlainan. Pendekatan sitogenetik diaplikasi dalam kajian ini telah menyokong proses pengecaman taksonomi secara morfologi. Faktor-faktor yang dirujuk adalah ciri unik dijumpai yang dijumpai dalam lengan kromosom politen dan secara langsung membantu proses pengecaman individu bagi setiap genus. Ciri-ciri unik ini telah menghuraikan ciri spesies spesifik untuk setiap individu. Oleh itu, pendekatan sitogenetik telah membekal sumber maklumat penting dalam mengenalpasti genus atau spesies. Ciri spesifik yang ditemui dalam setiap genus telah digunakan untuk mengemaskini kekunci sedia ada untuk membantu pengecaman genus atau spesies. Kajian ini juga telah berjaya menghuraikan susunan, corak dansifat dalam kromosom politen dalam membantu pengecaman Chironomus, Polypedilum dan Microtendipes pada masa akan datang,Master,Chironomidae merupakan salah satu kumpulan organisma bentik yang penting dalam ekosistem akuatik. Serangga makroinvertebrat bentik ini mempunyai kelimpahan dan kepelbagaian yang tinggi terutamanya di ekosistem air tawar. Walau bagaimanapun, pengecaman taksonomi dan spesies chironomid adalah terhad disebabkan oleh kekunci taksonomi yang tidak mencukupi. Objektif ini ialah untuk menentukan taksa chironomid menggunakan pendekatan morfologi dan sitogenetik serta menghasilkan gabungan data morfologi dan sitogenetik untuk pengecaman Chironomidae. Persampelan Chironomidae telah dijalankan di bahagian hulu sungai iaitu hulu Sg Langat, Selangor. Larva chironomid yang telah berjaya disampel, dikulturkan di makmal sehingga mencapai peringkat keempat kematangan. Larva pada peringkat ini mempunyai struktur kelenjar liur yang besar. Ciri kromosom politen di dalam kelanjar liur dapat dilihat dengan jelas menggunakan larutan pewarna aseto orsein. Chironomus, Microtendipes dan Polypedilum merupakan genus yang dominan daripada lima persampelan yang dilakukan. Ketiga-tiga genus ini berbeza secara morfometri dengan mempunyai struktur mentum yang jelas berbeza. Pengecaman hingga ke peringkat spesies lebih sukar dijalankan kerana hampir setiap individu dalam genus tersebut mempunyai ciri morfologi yang hampir sama terutamanya berdasarkan jumlah gigi mandibel dan jalur plat ventromental. Penelitian secara sitogenetik telah dilakukan untuk mengasingkan ketiga-tiga genus ini kepada pengelasan peringkat hierarki yang lebih rendah. Sampel setiap genus diasingkan dalam kumpulan berbeza-beza berdasarkan factor susunan, corak dan sifat yang berbeza seperti pengatur rantau nukleolus (NOR), cincin Balbiani(BR), corak penyusunan semula dan pembentukan gelembung yang dijumpai pada lengan lengan kromosom politen. Hasil kajian telah berjaya menghasilkan 16 kumpulan daripada 60 sampel chironomid yang berbeza susunan lengan, corak dan struktur pada lengan kromosom politen yang melibatkan genus Chironomus, Polypedilum dan Microtendipes. Bagi genus Chironomus, sebanyak sembilan kumpulan kecil di bawah aras genus telah dikenalpasti. Kesemua kumpulan masing-masing mempunyai empat lengan kromosom politen iaitu merangkumi tiga lengan panjang dan satu lengan pendek. Genus Polypedilum juga mempunyai empat lengan kromosompoliten yang merangkumi tiga lengan panjang dan satu lengan pendek. Walaubagaimanapun, Polypedilum dan Chironomus dapat dibezakan kerana struktur BR dan penyusunan semula lebih kerap dijumpai pada kromosom politen Polypedilum iaitu pada lengan yang keempat. Sebanyak empat kumpulan Polypedilum telah dikenalpasti manakala tiga kumpulan daripada genus Microtendipes telah dikenalpasti. Struktur sitogenetik bagi Microtendipes jelas berbeza kerana mempunyai tujuh hingga lapan lengan kromosom politen dan mempunyai panjang yang berlainan. Pendekatan sitogenetik diaplikasi dalam kajian ini telah menyokong proses pengecaman taksonomi secara morfologi. Faktor-faktor yang dirujuk adalah ciri unik dijumpai yang dijumpai dalam lengan kromosom politen dan secara langsung membantu proses pengecaman individu bagi setiap genus. Ciri-ciri unik ini telah menghuraikan ciri spesies spesifik untuk setiap individu. Oleh itu, pendekatan sitogenetik telah membekal sumber maklumat penting dalam mengenalpasti genus atau spesies. Ciri spesifik yang ditemui dalam setiap genus telah digunakan untuk mengemaskini kekunci sedia ada untuk membantu pengecaman genus atau spesies. Kajian ini juga telah berjaya menghuraikan susunan, corak dansifat dalam kromosom politen dalam membantu pengecaman Chironomus, Polypedilum danMicrotendipes pada masa akan datang |
Pages: | 99 |
Call Number: | QL537.C456 S984 2015 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81746+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.02 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.