Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463452
Title: Potensi alelopati Leucaena leucocephala (LAM.) de wit terhadap rumpai noksius terpilih Ageratum conyzoides L., Tridax procumbens L. dan Emilia sonchifolia (L.) DC
Authors: Muhamad Safwan Ishak (P68021)
Supervisor: Ismail bin Sahid, Profesor Dato' Dr.
Keywords: Alelopati
Rumpai
Leucaena leucocephala
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 16-Nov-2015
Description: Alelopati dikenali sebagai interaksi sesuatu tumbuhan yang mungkin memberi kesan buruk atau kesan berfaedah kepada sesuatu tumbuhan yang lain. Kajian terhadap alelopati telah dilakukan secara meluas kerana potensinya untuk digunakan untuk pengurusan rumpai dalam aktiviti pertanian. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat potensi alelopati Leucaena leucocephala terhadap pertumbuhan beberapa spesies rumpai terpilih iaitu Ageratum conyzoides, Tridax procumbens dan Emilia sonchifolia. Dua bahagian tumbuhan yang berpontensi iaitu daun dan biji L. leucocephala digunakan dalam eksperimen ini. Kesan alelopati ekstrak akuas daun dan biji L. leucocephala dikaji secara makmal dengan menggunakan tiga peringkat kepekatan yang berbeza iaitu 16.7 g L-1, 33.3 g L-1dan 66.7 g L-1. Kajian kesan sarap daun dan biji L. leucocephala pula dilakukan di dalam rumah hijau menggunakan tiga kepekatan sarap yang berbeza (2.5 g, 5 g dan 10 g sarap / 500 g tanih). Potensi tanih yang ditumbuhi oleh tumbuhan L. leucocephala juga dikaji dan dibanding dengan pertumbuhan spesies bioasai pada tanih yang tidak ditumbuhi oleh L. leucocephala. Dengan menggunakan kaedah 'plant box', kesaneksudat akar tumbuhan L. leucocephala juga dikaji terhadap pertumbuhan tumbuhan bioasai. Selain itu, kesan pemeruapan daun dan biji L. leucocephala juga dikaji terhadap pertumbuhan tumbuhan bioasai dengan menggunakan kaedah 'dish pack'. Aktiviti larut lesap daun dan biji L. leucocephala juga dilihat dengan menggunakan kaedah sandwich yang terdiri dari dua kepekatan berbeza (10 mg dan 50 mg) terhadap pertumbuhan tumbuhan bioasai. Ekstrak akuas daun dan biji L. leucocephala menghalang pertumbuhan A. conyzoides, T. procumbens dan E. sonchifolia secara keseluruhannya. Ekstrak akuas biji L. leucocephala menunjukkan kesan perencatan yang tinggi terhadap pertumbuhan spesies bioasai berbanding ekstrak daun L. leucocephala dan perencatan berlaku secara tinggi pada pertumbuhan akar tumbuhan bioasai berbanding pucuk. Bagi kesan sarap daun dan biji L. leucocephala pula, percambahan dan pertumbuhan tumbuhan bioasai terencat mengikut kepekatan sarap daun dan biji L. leucocephala yang berbeza. Sarap biji L. leucocephala menunjukkan aktiviti perencatan yang tinggi terhadap pertumbuhan A. conyzoides, T. procumbens dan E. sonchifolia. Selain itu, tanih yang ditumbuhi L. leucocephala juga memberi kesan perencatan terhadap pertumbuhan tumbuhan bioasai. Eksudat akar L. leucocephala dilihat memberi kesan perencatan terhadap pertumbuhan T. procumbens diikuti oleh A. conyzoides dan E. sonchifolia. Larut lesap daun dan biji L. leucocephala juga menunjukkan kesan perencatan terhadap pertumbuhan akar dan daun T. procumbens, A. conyzoides dan E. sonchifolia. Pemeruapan biji L. leucocephala pula menunjukkan kesan perencatan yang tinggi berbanding bahagian daun L. leucocephala terhadap pertumbuhan T. procumbens dan A. conyzoides. Tiada kesan signifikan ekstrak akuas dan sarap daun dan biji L. leucocephala terhadap peratusan percambahan anak benih tumbuhan bioasai. Biji L. leucocephala didapati mempunyai kesan perencatan yang tinggi berbanding daun L. leucocephala terhadap percambahan dan pertumbuhan tumbuhan bioasai. Mimosin yang tulen memberi kesan perencatan terhadap pertumbuhan tumbuhan bioasai mengikut peningkatan kepekatan (10 ppm, 25 ppm, 50 ppm dan 100 ppm) dan mempunyai kesan perencatan yang hampir sama dengan ekstrak akuas biji L. leucocephala. Daripada kajian HPLC juga, pucuk muda dan biji yang matang mempunyai kandungan mimosin yang tinggi berbanding daun L. leucocephala yang matang.,Sarjana
Pages: 112
Call Number: SB732.75 M837 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81733+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.93 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.