Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463451
Title: Penentuan serangga pendebunga dan penarikannya terhadap bahan kimia organik mudah meruap daripada bunga Rafflesia cantleyi (Rafflesiaceae)
Authors: Tan Shwu Bing (P54287)
Supervisor: Wee Suk Ling, Prof. Madya Dr.
Keywords: Rafflesia
Pendebungaan
Serangga saprofilus
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 7-Jan-2015
Description: Rafflesia (Rafflesiaceae) merupakan sejenis tumbuhan sapromiofilus yang membebaskan bahan kimia berbau busuk semasa pembungaannya dan ini menarik perhatian serangga saprofilus yang turut membantu dalam proses pendebungaannya. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan spesies serangga pendebunga Rafflesiacantleyi di kalangan serangga pelawat sepanjang tempoh pembungaannya serta interaksi serangga pendebunga tersebut dengan bahan kimia organik mudah meruap daripada bunga R. cantleyi. Hasil persampelan serangga daripada lapan kuntum bunga jantan R. cantleyi sepanjang tempoh pembungaan mendapati sejumlah tujuh order serangga yang terdiri daripada Diptera, Hymenoptera, Coleoptera, Orthoptera, Collembola, Dermaptera dan Diytoptera yang melawati R. cantleyi. Majoriti serangga yang tertarik kepada R. cantleyi adalah daripada order Diptera (> 85%) yang terdiri daripada 19 famili. Antara kesemua famili serangga yang disampel, hanya lalat Diptera daripada famili Calliphoridae menunjukkan perbezaan min bilangan yangbererti dengan hari pembungaan R. cantleyi dengan puncak aktiviti lawatan bunga dari jam 1300 hingga 1400 (P < 0.05). Daripada lima spesies lalat Calliphoridae betina yang melawati R. cantleyi, hanya spesies Chrysomya chani yang didapati membawa debunga R. cantleyi pada bahagian notum toraksnya walaupun kedapatan lapanspesies lalat Calliphoridae lain di tapak kajian. Penarikan lalat C. chani kepada dua belas bahan kimia organik mudah meruap sintetik yang berkaitan dengan R. cantleyidiuji dalam terowong angin. Keputusan menunjukkan min peratusan penarikan lalat betina C. chani kepada sebatian dimetil disulfat (DMDS), dimetil trisulfat (DMTS), α-pinena, (Z)-3-heksenilasetat dan benzaldehid adalah lebih tinggi secara bererti berbanding dengan tujuh sebatian yang lain (P < 0.05) manakala lalat jantan tidak menunjukkan perbezaan penarikan yang bererti kepada semua jenis sebatian kimia (P > 0.05). Kajian lanjutan menunjukkan penarikan lalat betina C. chani adalah tertinggi untuk campuran DMDS+DMTS tetapi penarikan ini tidak berbeza secara bererti dengan lima campuran sebatian lain (P > 0.05). Penarikan lalat C. chani terhadap sebatian DMDS adalah lebih tinggi berbanding dengan campuran sebatian DMDS+DMTS dan tiada perbezaan yang signifikan antara penarikan ini dengan sebatian ekstrak ruang tutupan bunga Rafflesia. Kesimpulannya, hasil kajian ini mendapati lalat betina C. chani merupakan satu-satunya agen pendebunga R. cantleyidan sebatian sulfida adalah sebatian utama yang menarik lalat C. chani kepada bunga. Dapatan ini diharapkan dapat menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam mengenai julat serangga pelawat R. cantleyi dan interaksi antara serangga pendebunganya, C. chani dengan bahan kimia organik mudah meruap R. cantleyi yang mungkin berguna dalam program pemuliharaan Rafflesia.,Sarjana
Pages: 75
Call Number: QK495.R15 T344 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81731+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.