Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463450
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abdul Razak Daud, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Tuan Anis Syukriah Tuan Ibrahim (P57337) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:25:48Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:25:48Z | - |
dc.date.issued | 2015-07-04 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:81730 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463450 | - |
dc.description | Aloi Al-Si-Mg memiliki sifat-sifat istimewa seperti ringan, boleh dibentuk dan mempunyai nisbah kekuatan terhadap berat yang tinggi, tetapi lemah dalam aspek kekerasan dan rintangan haus. Untuk mengatasi kelemahan berkenaan, serbuk boron karbida, B4C dipilih sebagai bahan penguat aloi Al-Si-Mg dan kaedah tuangan aduk digunakan bagi memfabrikasi komposit matriks logam tersebut. Serbuk B4C dicampur ke dalam leburan aloi Al-12%Si pada komposisi 2%, 4%, 6% dan 8% beratbersama dengan 2%bt. Mg yang merupakan agen pembasahan bagi proses berkenaan. Pencampuran dilakukan pada suhu 650°C diikuti dengan adukan pada suhu 750°C dengan laju adukan 300 putaran per minit selama 30 minit di dalam persekitaran gas Argon. Adukan diteruskan selama 15 minit lagi dengan laju adukan 850 putaran per minit bagi mencapai vorteks sebelum dituang ke dalam acuan keluli. Sampel tuangan tersebut dikenakan rawatan larutan pada suhu 540°C selama 4 jam dan dilindapkejutdi dalam air suam (65°C). Sampel tersebut kemudian dikenakan penuaan pada suhu 180°C selama dua jam seterusnya dibiarkan pada suhu bilik (25°C) selama 14 harisebelum ujian-ujian kekerasan, lenturan, haus, dan kakisan dilakukan terhadapsampel-sampel berkenaan. Ujian kakisan dilakukan menggunakan teknik pengutuban elektrokimia di dalam larutan 3.5% NaCl. Ujian penyerapan neutron terma juga dilakukan terhadap sampel-sampel berkenaan menggunakan sumber neutron 241Am/Be. Pencirian mikrostruktur dan morfologi komposit Al-Si-Mg-B4C dilakukan menggunakan mikroskop optik dan mikroskop elektron imbasan (SEM). Sampel tuangan komposit Al-Si-Mg-B4C yang dihasilkan mengandungi α-Al, zarah-zarah B4C dan eutektik Si jejarum yang berubah bentuk kepada sferoid selepas penuaan. Kekerasan, kekuatan lenturan dan rintangan haus komposit meningkat mengikut kandungan B4C dengan masing-masing bagi komposit Al-Si-Mg-8%B4C mencapai129 HV, 469 MPa dan haus tentu 3x10-4 mm3N-1m-1selepas rawatan haba T6.Keputusan ujian kakisan pula menunjukkan Al-12%Si-2%Mg-8%B4C mempunyai rintangan kakisan paling tinggi iaitu dengan kadar kakisan 0.05 mm/tahun berbanding dengan komposit Al-Si-Mg yang mempunyai kandungan B4C yang lebih rendah. Kemampuan komposit Al-12%Si-2%Mg-8%B4C menyerap neutron adalah baikdengan peratus penurunan 25.39% bilangan yang dikesan berbanding dengan yang dikesan selepas neutron melepasi aloi Al-Si-Mg. Sebagai kesimpulan, kehadiran B4Cdi dalam aloi Al-Si-Mg membantu meningkatkan sifat-sifat mekanik dan rintangan kakisan komposit Al-Si-Mg-B4C terawat haba disamping menjadikannya berpotensi digunakan sebagai bahan penyerap neutron.,Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Aloi | - |
dc.subject | Kaedah tuangan aduk | - |
dc.subject | Serbuk boron karbida | - |
dc.subject | B4C | - |
dc.subject | Steel castings. | - |
dc.title | Komposit Al-Si-Mg/B4C disediakan dengan kaedah tuangan aduk | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 96 | - |
dc.identifier.callno | TS236 .T834 2015 | - |
dc.identifier.barcode | 001477 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81730+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.7 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.