Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463449
Title: | Peningkatan keupayaan selulase komersil (Accellerase®1500) dalam penguraian tandan kosong kelapa sawit (TKKS) dengan penambahan hemiselulase rekombinan |
Authors: | Rosnani Mohamed (P52455) |
Supervisor: | Farah Diba binti Abu Bakar, Prof Madya Dr. |
Keywords: | Tandan kosong kelapa sawit (TKKS) Seluluase Hemiselulase rekombinan Cellulose |
Issue Date: | Aug-2015 |
Description: | Penggunaan sisa lignoselulosa untuk biopenukaran kepada bahan kimia dan bahan api mendapat perhatian seluruh dunia kerana kosnya yang rendah, boleh diperbaharui dan tersebar luas di alam semula jadi. Kira-kira enam belas juta tan metrik sisa buangan lignoselulosa tandan kosong kelapa sawit (TKKS) dihasilkan setiap tahun di seluruh Malaysia dari kilang minyak sawit. TKKS daripada Elaeis guineensis terdiri daripada selulosa 44.7% hemiselulosa 33.5% dan lignin 20.4%. Sifat keheterogenan TKKS membuatkan kebolehcapaian enzim kepada permukaan selulosa amat sukar kerana kehadiran hemiselulosa dan lignin. Dalam kajian ini, pengasaian enzim menggunakan Accellerase®1500 telah dilakukan ke atas TKKS terawat alkali di bawah keadaan optimum untuk menentukan keupayaan aktiviti enzim tersebut. Accellerase®1500 merupakan selulase komersil kompleks dari Genencor® yang berupaya untuk menguraikan biojisim lignoselulosa dengan cekap kepada monosakarida boleh tapai yang bernilai. Hasil kajian menunjukkan bahawa 3 U Accellerase®1500 secara sendirian berupaya menghasilkan 13% gula daripada penguraian TKKS pada suhu 50°C, pH 5 dengan pengeraman selama 5 jam. Gula penurun yang terhasil daripada hidrolisis enzim ditentukan dengan kaedah asid 3,5-dinitrosalisilik (DNS) dan Kromatografi Cecair Prestasi Ultra (UPLC). Keupayaan enzim komersil inimenghidrolisis komponen selulosa daripada TKKS terawat kemudiannya dipertingkatkan dengan penambahan hemiselulase rekombinan, endoxilanase(XynG1), β-xilosidase (Bxl1) dan arabinofuranosidase (AnabfA) yang ditulenkan dan dicirikan secara biokimia sebelum ditambahkan ke dalam Accellerase®1500. Komposisi optimum (U) campuran enzim terdiri daripada 12 U Accellerase®1500:400 U XynG1: 0.8 U AnabfA berupaya meningkatkan penghasilan gula sehingga 29% apabila TKKS digunakan sebagai substrat. Campuran enzim ini juga membolehkan pengurangan kira-kira dua kali ganda (~ 40% penukaran) daripada karbohidrat TKKS keseluruhan berbanding dengan hidrolisis oleh enzim komersil secara sendirian Peningkatan hasil gula membuktikan penambahan hemiselulase rekombinan meningkatkan keupayaan Accellerase®1500 dalam penguraian TKKS.,Sarjana,Penggunaan sisa lignoselulosa untuk biopenukaran kepada bahan kimia dan bahan apimendapat perhatian seluruh dunia kerana kosnya yang rendah, boleh diperbaharui dan tersebar luas di alam semula jadi. Kira-kira enam belas juta tan metrik sisa buangan lignoselulosa tandan kosong kelapa sawit (TKKS) dihasilkan setiap tahun di seluruhMalaysia dari kilang minyak sawit. TKKS daripada Elaeis guineensis terdiri daripadaselulosa 44.7% hemiselulosa 33.5% dan lignin 20.4%. Sifat keheterogenan TKKSmembuatkan kebolehcapaian enzim kepada permukaan selulosa amat sukar keranakehadiran hemiselulosa dan lignin. Dalam kajian ini, pengasaian enzim menggunakanAccellerase®1500 telah dilakukan ke atas TKKS terawat alkali di bawah keadaan optimum untuk menentukan keupayaan aktiviti enzim tersebut. Accellerase®1500 merupakan selulase komersil kompleks dari Genencor® yang berupaya untuk menguraikan biojisim lignoselulosa dengan cekap kepada monosakarida boleh tapai yang bernilai. Hasil kajian menunjukkan bahawa 3 U Accellerase®1500 secara sendirian berupaya menghasilkan 13% gula daripada penguraian TKKS pada suhu 50°C, pH 5 dengan pengeraman selama 5 jam. Gula penurun yang terhasil daripadahidrolisis enzim ditentukan dengan kaedah asid 3,5-dinitrosalisilik (DNS) dan Kromatografi Cecair Prestasi Ultra (UPLC). Keupayaan enzim komersil inimenghidrolisis komponen selulosa daripada TKKS terawat kemudiannyadipertingkatkan dengan penambahan hemiselulase rekombinan, endoxilanase(XynG1), β-xilosidase (Bxl1) dan arabinofuranosidase (AnabfA) yang ditulenkan dan dicirikan secara biokimia sebelum ditambahkan ke dalam Accellerase®1500. Komposisi optimum (U) campuran enzim terdiri daripada 12 U Accellerase®1500:400 U XynG1: 0.8 U AnabfA berupaya meningkatkan penghasilan gula sehingga 29%apabila TKKS digunakan sebagai substrat. Campuran enzim ini juga membolehkan pengurangan kira-kira dua kali ganda (~ 40% penukaran) daripada karbohidrat TKKSkeseluruhan berbanding dengan hidrolisis oleh enzim komersil secara sendirianPeningkatan hasil gula membuktikan penambahan hemiselulase rekombinan meningkatkan keupayaan Accellerase®1500 dalam penguraian TKKS. |
Pages: | 144 |
Call Number: | QK898.C42 R647 2015 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81729+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.37 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.