Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463448
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Kiew Lian, Prof. Dr.
dc.contributor.authorAlia Farhana Kassim (P59387)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:25:44Z-
dc.date.available2023-09-25T09:25:44Z-
dc.date.issued2015-06-01
dc.identifier.otherukmvital:81727
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463448-
dc.descriptionRafflesia terkenal dengan keunikannya sebagai bunga terbesar di dunia merupakan spesies yang hanya bertaburan di dalam hutan hujan Asia Tenggara. Pemuliharaan tumbuhan holoparasit ini adalah sangat penting memandangkan spesies ini jarang ditemui dan endemik hanya di beberapa kawasan tertentu. Pengetahuan mengenai maklumat ekologi asas dan evolusi dapat digunakan untuk pembangunan strategi pemuliharaan yang berkesan. Dalam kajian ini, diversiti genetik intraspesifik antara spesies Rafflesia (Rafflesiaceae) dalam Semenanjung Malaysia dikaji menggunakan jujukan DNA mitokondria NADH dehydrogenase subunit 1 (nad1) dan maturase (matR) dalam 47 sampel daripada 10 lokaliti. Sampel DNA diekstrak dan jujukan diamplifikasi dengan pencetus spesifik untuk kedua-dua gen. Jujukan yang berjaya dihasilkan daripada PCR diklon dan dijujuk. Setelah penjajaran jujukan berbilang dilakukan, analisis preliminari untuk jujukan DNA matR dan nad1 menunjukkan ciri polimorfik bagi matR adalah kurang berbanding nad1. Jujukan matR telah dikecualikan daripada analisis seterusnya kerana ciri polimorfik yang terdapat dalam gen ini adalah kurang dan sangat terpulihara. Analisis jujukan nad1 menunjukkan 23 ciri polimorfisme jujukan telah dikenalpasti dan mempunyai polimorfisme yang tinggi. Variasi yang wujud dalam kawasan kajian dijangka telah dipengaruhi oleh kejadian aktif tektonik yang berlaku pada era Pleitocene yang membentuk banjaran seperti sekarang. Dua kumpulan major telah terhasil dari pohon NJ dan Bayesian yang memisahkan sampel kepada kawasan Utara dan Selatan. Pohon yang dibina menunjukkan pencirian juga mengikut geografi sampel dan bukan mengikut spesies. Penggunaan nad1 dilihat lebih sesuai digunakan untuk menganalisis taksonomi molekul dan kepelbagaian genetik berbanding matR berdasarkan kawasan polimorfik yang wujud,Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectRafflesia
dc.subjectDna mitokondria
dc.subjectMalaysia
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKepelbagaian genetik dan taksonomi molekul spesies Rafflesia di Semenanjung Malaysia berdasarkan dna mitokondria
dc.typetheses
dc.format.pages113
dc.identifier.callnoQK495.R15 A444 2015
dc.identifier.barcode001474
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81727+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.04 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.