Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463446
Title: | Penilaian aktiviti antimalaria dalam Gynura procumbens (asteraceae) dan Shorea pauciflora (dipterocarpaceae) |
Authors: | Visalini Vejanan (P57493) |
Supervisor: | Hasidah Mohd. Sidek, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Gynura procumbens (asteraceae) Shorea pauciflora (dipterocarpaceae) Antimalaria Phytochemicals-Health aspects. |
Issue Date: | 24-Aug-2014 |
Description: | Gynura procumbens (sambung nyawa) dan Shorea pauciflora (meranti nemesu) adalah tumbuhan ubatan yang digunakan secara tradisional oleh sesetengah populasi etnik di Asia Tenggara bagi merawat luka dan demam. Asas saintifik bagi dakwaan perubatan tersebut masih belum dikaji. Kajian ini bertujuan untuk menilai ciri antimalaria tumbuhan G. procumbens and S. pauciflora, serta untuk mengenalpasti sebatian bioaktifnya. Pengasaian laktat dehidrogenase (pLDH) Plasmodium ke atas kultur Plasmodium falciparum strain 3D7 yang telah dieram dengan ekstrak akueus (aq) atau etanol (EtOH) tumbuhan tersebut menunjukkan kesan perencatan sederhana ke baik terhadap pertumbuhan P. falciparum strain 3D7 bagi tiga daripada empat ekstrak yang diuji. Potensi antiplasmodium terhadap parasit adalah seperti berikut: S. pauciflora (EtOH) [IC50= 13.91 ± 1.41 µg/mL] > G. procumbens (aq) [IC50= 25.70 ± 4.34 µg/mL] > G. procumbens (EtOH) [IC50= 42.23 ± 7.19 µg/mL] dengan indeks selektiviti (SI) masing-masing 30.53, 64.30 and 10.05. Ekstrak S. pauciflora (aq) menunjukkan aktiviti antiplasmodium yang lemah; IC50= 221.20 ± 92.87 µg/mL, SI = 2.66. Ujian penekanan empat hari yang melibatkan penyuntikan intraperitoneum ekstrak S. pauciflora (EtOH), G. procumbens (aq) atau G. procumbens (EtOH) ke dalam mencit terinfeksi-Plasmodium berghei NK65 menunjukkan kesan kemopenekanan yang berkadaran dos. Pada dos 250 mg/kg berat badan, ekstrak G. procumbens (aq) menunjukkan kemopenekanan yang paling efektif (peratus kemopenekanan = 93.06 ± 5.46%). Pada dos yang sama, ekstrak G. procumbens (aq) menunjukkan peratus kemandirian yang lebih baik dengan nilai 20.50 ± 2.59 hari berbanding 15.29 ± 5.53 hari bagi mencit-terinfeksi parasit tanpa perlakuan. Pemfraksian dan penulenan ekstrak melalui kaedah pengekstrakan cecair-cecair (nheksana, etil asetat, n-butanal serta air) dan Kromatografi Vakum Cecair (KVC) diikuti dengan pengenalpastian sebatian dengan kaedah spektroskopi Resonans Magnetik Nuklear (RMN) atau Spektroskopi Jisim-Masa Penerbangan (SJ-ToF) telah memencilkan quersetin dan kaempferol sebagai juzuk dalam ekstrak akueus G. procumbens; dan stigmasterol dalam ekstrak etanol. Analisis selanjutnya menunjukkan aktiviti antiplasmodium yang baik ke sederhana bagi ketiga-tiga sebatian tersebut dengan nilai IC50 1.64 ± 0.36 μg/mL (5.40 μM), 5.71 ± 0.43 μg/mL (19.97 μM) dan 31.80 ± 1.12 μg/mL (108.90 μM) masing-masing bagi quersetin, kaempferol dan stigmasterol. Penemuan daripada kajian ini membuktikan ciriantimalaria G. procumbens dan S. pauciflora, serta asas saintifik bagi penggunaan tradisional dalam merawat keadaan berkait-keradangan termasuk infeksi malaria,Sarjana |
Pages: | 167 |
Call Number: | QK861 .V538 2015 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81725+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 6.9 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.