Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463444
Title: | Hubungan di antara taburan reruang ikan kembung Rastrelliger kanagurta (Cuvier 1817) dengan klorofil-a dan suhu permukaan laut di perairan Zon Ekonomi Eksklusif Laut China Selatan |
Authors: | Nur Azwin Razib (P67330) |
Supervisor: | Muzzneena Ahmad Mustapha, Dr. |
Keywords: | Ikan kembung Rastrelliger kanagurta Klorofil-a Suhu permukaan laut Laut China Selatan Atlantic mackerel-South China Sea. |
Issue Date: | 7-Jul-2015 |
Description: | Rastrelliger kanagurta adalah di antara spesies ikan pelagik yang banyak ditangkap di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia di Laut Cina Selatan. Ciri persekitaran perairan Laut Cina Selatan dipengaruhi oleh monsun barat daya dan monsun timur laut. Keadaan ini menyebabkan wujudnya variasi reruang dan temporal suhu permukaan laut yang mempengaruhi taburan klorofil-a dan seterusnya mempengaruhi taburan musiman ikan pelagik. Memahami perhubungan di antara taburan R. kanagurta dengan klorofil-a dan suhu permukaan laut adalah penting dalam mengenalpasti taburannya. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan taburan reruang R. kanagurta dan mengenalpasti perhubungan di antara taburan R. kanagurtadengan klorofil-a dan suhu permukaan laut. Kajian ini dijalankan dalam tempoh dua tahun iaitu sepanjang tahun 2013 hingga 2014. Data tangkapan ikan serta data suhu permukaan laut dan klorofil-a MODIS dari tahun 2007 hingga 2010 dianalisis. Analisis Komponen Prinsipal dan Analisis Klaster diaplikasi untuk pengelasan data tangkapan ikan dan penentuan perhubungannya dengan saiz panjang ikan dan parameter persekitaran. Analisis histogram dan Generalized Additive Model (GAM) dibina bagi menentukan perhubungan di antara tangkapan ikan dengan klorofil-a dan suhu permukaan laut. Hasil kajian menunjukkan bahawa taburan R. kanagurta dengan variasi musiman Catch Per Unit Effort (CPUE) yang tertinggi adalah pada bulan September dan Oktober di perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang dan didominasi oleh ikan bersaiz kurang daripada 19.0 cm. Manakala, taburan R. kanagurta dengan variasi musiman CPUE kedua tertinggi didapati pada bulan April, Mei dan Jun di kawasan perairan Kelantan dan Pahang dan didominasi oleh ikan bersaiz lebih daripada 19.0 cm. Terdapat perbezaan taburan panjang ikan yang signifikan di antara bulan April hingga Jun dan September hingga Oktober (p < 0.05). CPUE yang tinggi berasosiasi dengan julat klorofil-a dan suhu permukaan laut yang tertentu. GAM menunjukkan wujudnya perhubungan di antara CPUE R. kanagurta dengan klorofil-a dan suhu permukaan laut yang signifikan dan berupaya menerangkan taburan R. kanagurta. Taburan ikan yang dianggarkan untuk tiga dekad akan datang berdasarkan perubahan suhu Representative Concentration Pathways (IPCC-AR5-RCPs)menunjukkan pergerakan ikan tertumpu ke arah perairan luar dari kawasan ZEE. Hasil kajian ini menunjukkan variasi dalam taburan reruang R. kanagurta dipengaruhi oleh klorofil-a dan SPL. Pemahaman perhubungan ini dapat menyumbang dalam pengurusan dan pembangunan perikanan.,Sarjana |
Pages: | 101 |
Call Number: | QL638.S35 N846 2015 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81724+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.68 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.