Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463443
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Hasidah Mohd. Sidek, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Wong Sok Kuan (P67461) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:25:34Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:25:34Z | - |
dc.date.issued | 2015-02-12 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:81723 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463443 | - |
dc.description | Burkholderia pseudomallei adalah agen etiologi penyakit melioidosis, sejenis penyakit disebabkan oleh inflamasi berlebihan dan seterusnya menyebabkan kejutan septik. Glikogen sintase kinase-3 beta (GSK3β), komponen hiliran dalam tapak jalan fosfoinositid-3-kinase/Akt (PI3K/Akt), ialah kinase serin/treonin yang berperanan dalam mengawalatur gerak balas inflamasi hos terhadap infeksi patogen termasuk B. pseudomallei melalui modulasi penghasilan sitokin pro- dan anti-inflamasi. Kajian sebelum ini di makmal UKM melaporkan bahawa ekstrak tumbuhan Gynura procumbens menunjukkan aktiviti anti-diabetis dalam model diabetik haiwan dan kesan tersebut melibatkan perencatan GSK3β dalam sampel hati haiwan diabetik. Kaempferol merupakan komponen bioaktif yang dikenalpasti dalam G. procumbens dan dilaporkan sebagai pengaktif tapak jalan PI3K/Akt. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji penglibatan perencatan GSK3β dalam kesan ekstrak akueus G. procumbens dan kaempferol terhadap infeksi B. pseudomallei. Perlakuan 50 mg/kg BT ekstrak akueus G. procumbens atau 10 mg/kg BT kaempferol secara intraperitonium satu hari sebelum infeksi meningkatkan kemandirian (33%) mencit terinfeksi-B. pseudomallei secara signifikan (P<0.05). Muatan bakteria dalam organ hati dan limpa mencit terinfeksi-B. pseudomallei yang diberi perlakuan ekstrak akueus G. procumbens atau kaempferol tidak menunjukkan pengurangan bakteria yang signifikan berbanding mencit terinfeksi tanpa perlakuan. Aras sitokin pro-inflamasi (TNF-α dan IFN-γ) menurun secara signifikan (P<0.05) dalam organ hati, limpa dan serum mencit terinfeksi dengan perlakuan ekstrak akueus G. procumbens atau kaempferol berbanding mencit terinfeksi tanpa perlakuan. Aras sitokin anti-inflamasi (IL-10) meningkat secara signifikan (P<0.05) dalam serum mencit terinfeksi yang diberi perlakuan ekstrak akueus G. procumbens atau kaempferol. Analisis pemblotan Western menunjukkan peningkatan pemfosfatan GSK3β dalam organ hati dan limpa mencit terinfeksi-B. pseudomallei dengan perlakuan ekstrak akueus G. procumbens atau kaempferol seawal dua jam selepas infeksi, menunjukkan penglibatan perencatan GSK3β dalam pengawalaturan gerak balas inflamasi hos semasa infeksi B. pseudomallei. Kaempferol mungkin merupakan komponen bioaktif yang menyumbang kepada kesan anti-inflamasi G. procumbens.,Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Burkholderia pseudomallei | - |
dc.subject | Ekstrak Gynura procumbens | - |
dc.subject | Kaempferol | - |
dc.subject | Botanical chemistry -laboratory manuals. | - |
dc.title | Kesan ekstrak Gynura procumbens dan kaempferol dalam mencit terinfeksi-Burkholderia pseudomallei | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 157 | - |
dc.identifier.callno | QK861.W644 2015 | - |
dc.identifier.barcode | 001470 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81723+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.21 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.