Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463442
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohamad Yusof Maskat, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorTan Mei Chyi (P58816)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:25:31Z-
dc.date.available2023-09-25T09:25:31Z-
dc.date.issued2015-02-12-
dc.identifier.otherukmvital:81722-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463442-
dc.descriptionObjektif kajian ini adalah untuk mengoptimumkan penghasilan vanilin daripada isoeugenol melalui fermentasi Aspergillus niger I-1472 dengan menggunakan Kaedah Response Surface (RSM) dan meningkatkan skala dari 100 ml kepada 1 L dalam bioreaktor dengan menggunakan titik optimum daripada RSM. Tiga faktor yang dikaji adalah amaun isoeugenol, amaun resin Amberlite XAD-4 dan amaun SPAN 80 yang ditambah semasa fermentasi. Sebanyak dua puluh kombinasi formulasi medium fermentasi telah dijalankan dengan reka bentuk Putaran Komposit Tengah. Hasil vanilin selepas fermentasi ditentukan dengan analisis Kromatografi Cecair Berpretasi Tinggi (HPLC). Data respons iaitu penghasilan vanilin daripada fermentasi telah dianalisi dengan menggunakan perisian Design Expert versi 6.0.10. Model ini didapatisignifikan (0.001) dengan mempunyai nilai R2= 0.858 dan nilai lack of fit 0.164 (p>0.05) yang tidak signifikan. Ini menunjukkan model ini boleh diterima. Komposisi medium titik optimum yang diramalkan terdiri daripada amaun isoeugenol sebanyak 3.61 g/L, amaun resin sebanyak 5.8 % (g/mL) dan amaun SPAN 80 sebanyak 0.37% dengan nilai jangkaan sebanyak 0.161 g/L vanilin dan nilai eksperimen sebanyak 0.148 ±0.013 g/L vanilin dihasilkan. Nilai Root Mean Square Deviation (RMSD) bagi titik optimum antara nilai jangkaan dan nilai eksperimen adalah 0.023. Ujian pengeshan menunjukkan bahawa model ramalan yang dijana dapat mewakili data dengan baik dan jitu dengan nilai RMSD yang kecil. Titik optimum tersebut diskalakan kepada 1L medium dengan menggunakan bioreaktor. Dalam kajian bioreaktor, rekabentuk faktoran dijlalankan dengan jenis kultur dan jenis impeler. Jenis kultur adalah miselium dan pelet dan jenis impeler adalah turbin dan propelermarin. Hasil pada akhir fermentasi dianalisa dengan HPLC bagi produk vanilin dan asid vanilik, nilai pH dan biomass juga dilakukan. Kajian morfologi fizikal pelet dan imbasan elektron microscope (SEM) dijalankan pada hari ke-4 dan hari ke-9. Vanilin yang dihasilkan dalam bioreaktor adalah dalam julat anggaran daripada pengoptimumiaitu 95% selang keyakinan daripada nilai jangkaan vanilin daripada medium optimum.Tiada perbezaan signifikan dalam penghasilan vanilin bagi semua parameter dalam kajian bioreaktor. Ukuran pelet bagi turbin dan propeler pada hari ke-4 dan hari ke-9 menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan. Daripada imej SEM, miselia menunjukkan hifa fungi berbentuk silinder and struktur longgar dan mempunyai kandul spora. Kultur pelet menunjukkan hifa yang bersilang antara satu sama lain dan berbentuk silinder yang lebih nipis dan padat berbanding dengan kultur miselia,Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectVanilin-
dc.subjectAspergillus niger-
dc.subjectIsoeugenol-
dc.subjectVanillin- enzymology.-
dc.titlePenghasilan vanilin oleh Aspergillus niger I-1472 dengan penambahan isoeugenol-
dc.typetheses-
dc.format.pages106-
dc.identifier.callnoQD341.A6 T344 2015-
dc.identifier.barcode001469-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81722+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.66 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.