Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463439
Title: | Penghasilan lignin terester daripada likor hitam berasaskan tandan kosong kelapa sawit (TKkS) dan teras kenaf |
Authors: | Sharifah Nurul Ain Syed Hashim (P68088) |
Supervisor: | Sarani bt Zakaria, Prof. Dr. |
Keywords: | Lignin Tandan kosong kelapa sawit (TKkS) Teras kenaf |
Issue Date: | 17-Jun-2015 |
Description: | Kajian modifikasi terhadap lignin pokok kenaf teras dan tandan kosong kelapa sawit (TKKS) telah dilakukan selepas mengalami proses penulenan. Terdapat dua objektif dalam kajian ini. Objektif pertama adalah untuk mengkaji sifat kimia dan terma lignin soda yang ditulenkan daripada lignin TKKS dan lignin kenaf teras dengan membuat bandingan terhadap lignin alkali rujukan. Objektif kedua bertujuan untuk membandingkan ciri-ciri pengesteran lignin di dalam medium yang berbeza iaitu air dan piridina. Hasil daripada analisis sinar-X, didapati sampel lignin TKKS dan lignin teras kenaf mempamerkan sifat amorfus sama seperti sampel lignin rujukan. Pencirian FTIRmembuktikan sampel lignin mempunyai kesemua unit monomer iaitu p-hidroksil fenil (H), Guaiasil (G) dan Siringil (S). Analisis spektrum FTIR ini disokong dengan spektrum Raman dimana terdapat puncak yang bertindih pada antara 1100 cm-1-1400 cm-1. Keputusan TGA dan DSC menunjukkan lignin rujukan mempunyai kestabilan terma paling baik dengan nilai Tg 161.35 °C. Peratus hasil pengesteran lignin bagi sampel lignin rujukan terester di dalam medium air, lignin TKKS terester dalam medium air, lignin teras kenaf di dalam medium air, lignin rujukan dalam medium piridina, lignin TKKS dalam medium piridina dan lignin teras kenaf dalam medium piridina masing-masingadalah 91%, 87%, 74%, 245%, 218% dan 195%. Spektrum FTIR mendapati puncak kumpulan berfungsi hidroksil berkurang dan puncak kumpulan berfungsi karbonil menjadi lebih lebar dan tajam. Spektrum Raman mengesahkan kehadiran kumpulan karbonil sekaligus membuktikan pengesteran telah berlaku pada lignin rujukan, lignin TKKS dan lignin teras kenaf dalam kedua-dua medium. Keputusan H-NMR pula menunjukkan kehadiran kumpulan berfungsi karbosilik dan ester pada kesemua sampel pengesteran. Keputusan TGA bagi lignin terester dalam medium air lebih baik berbanding dalam piridina. Nilai Tg menurun di dalam kedua-dua medium.,Sarjana |
Pages: | 79 |
Call Number: | TS933.L5 S534 2015 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81710+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.57 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.