Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463438
Title: Pembangunan geopolimer berasaskan abu terbang untuk pemegunan sisa radioaktif di Malaysia
Authors: Nurul Wahida Ahmad Khairuddin (P65923)
Supervisor: Muhamad Samudi Yasir, Profesor Madya Dr.
Keywords: Geopolimer
Abu terbang
Pemegunan sisa radioaktif
Malaysia
Radiochemistry.
Issue Date: Feb-2015
Description: Kajian makmal telah dijalankan untuk menilai kemungkinan pemegunan sisa resin terpakai dan residu gipsum menggunakan proses geopolimer berasaskan abu terbangpada suhu bilik. Objektif utama kajian ini adalah untuk menentukan kesesuaian pemegunan sisa radioaktif menggunakan proses geopolimer. Sisa resin terpakaidiperolehi daripada Reaktor PUSPATI TRIGA (RTP), abu terbang dari Loji Janakuasa Salahuddin Sultan Abdul Aziz, Kapar, Selangor dan Loji Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung, Perak, manakala residu gipsum dari sebuah syarikat pemprosesan mineral di Terangganu. Geopolimer ini dihasilkan dengan menambah aluminosilikat (abu terbang) kepada larutan alkali (NaOH and Na2SO3) menghasilkanmonolit geopolimer yang kukuh. Analisis spektrometri gama bagi abu terbang menunjukkan kehadiran 40K, 226Ra dan 232Th manakala sisa resin terpakaimenunjukkan kehadiran radionuklid hasil pengaktifan dan pembelahan (134Cs, 137Cs, 152Eu, 54Mn, 58Co, 60Co dan 65Zn). Komposisi bahan yang membentuk monolitgeopolimer yang terbaik adalah 10 % (berat) daripada sisa resin terpakai, dengankekuatan mampatan sebanyak 6.1 MPa. Kadar larut lesap jangka panjang bagi radionuklid digunakan sebagai petunjuk prestasi pemegunan sisa radioaktif. Ujian larut lesap jangka panjang dari monolit geopolimer menunjukkan kadar larut lesap yang berbeza bagi setiap radionuklid 134Cs, 137Cs, 226Ra,60Co dan 40K. Penemuan ini boleh memberi manfaat kepada rawatan sisa radioaktif aras rendah yang dijana daripada operasi loji kuasa nuklear pada masa depan,Sarjana
Pages: 113
Call Number: QC795 .N846 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81708+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.91 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.