Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463436
Title: | Anatomi dan mikromorfologi daun beberapa genus terpilih dalam famili sterculiaceae |
Authors: | Nurshahidah Mohd Rusli (P57254) |
Supervisor: | Noraini Talip, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Anatomi Mikromorfologi daun Famili sterculiaceae Pengecaman spesies Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 27-Apr-2016 |
Description: | Kajian anatomi dan mikromorfologi daun telah dijalankan ke atas 19 spesies daripada lapan genus terpilih dalam famili Sterculiaceae di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Indonesia dan Thailand. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti persamaan, variasi dan diagnostik ciri anatomi dan mikromorfologi daun yang boleh digunakan untuk pembezaan, pengecaman dan pengelasan spesies dan genus dalam famili Sterculiaceae. Kajian anatomi daun melibatkan kaedah hirisan dengan mikrotom gelongsor, teknik siatan epidermis dan penjernihan daun. Manakala kajian mikromorfologi daun melibatkan kaedah saduran emas, titik pengeringan kritikal dan cerapan permukaan epidermis abaksial dan adaksial daun di bawah mikroskop imbasan elektron. Hasil kajian menunjukkan terdapat beberapa ciri anatomi daun yang boleh digunakan untuk pembezaan dan pengecaman spesies iaitu ciri corak berkas vaskular petiol (Corak 1-11), corak berkas vaskular tulang daun (Corak 1-9), bentuk luaran petiol (Bentuk 1-3), bentuk luaran tulang daun (Bentuk 1-10), bentuk luaran tepi daun (Bentuk 1-12), dan jenis stomata (anisositik, anomositik, diasitik, parasitik, tetrasitik, dan staurositik). Ciri anatomi lain yang mempunyai nilai taksonomi ialah kehadiran sel idioblas tanin, kehadiran sel kanji, kehadiran berkas vaskular medulari dan floem intraxilari pada petiol dan tulang daun, kelompok sel sklerenkima pada petiol, tulang dan lamina daun, kehadiran sel kolenkima pada petiol dan tulang daun, juga kehadiran 32 jenis trikom pada permukaan epidermis abaksial dan adaksial daun. Ciri mikromorfologi daun yang boleh digunakan untuk pembezaan spesies ialah bentuk stomata, struktur birai dan bingkai stomata, kedudukan stomata dan jenis lilin (granul, krustos, lembaran lilin, berkerak, lapisan filem lilin). Ciri sepunya bagi semua spesies yang dikaji ialah kehadiran kelompok sel sklerenkima pada berkas vaskular petiol dan tulang daun, dan juga kehadiran trikom pada semua spesies yang dikaji. Kekunci dikotom pengecaman spesies telah dibina menggunakan ciri anatomi dan mikromorfologi daun yang diperolehi daripada kajian. Kesimpulannya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa ciri anatomi dan mikromorfologi daun mempunyai nilai taksonomi dan boleh digunakan untuk pembezaan dan pengecaman spesies dan genus bagi famili Sterculiaceae.,Sarjana Sains |
Pages: | 344 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81663+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 544.8 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.