Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463430
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Norinsan Kamil Othman, Dr. | |
dc.contributor.author | Nur Akma Mahat (P74026) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:25:09Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:25:09Z | - |
dc.date.issued | 2016 | |
dc.identifier.other | ukmvital:81657 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463430 | - |
dc.description | Terdapat banyak kes dalam industri yang terlibat dengan ancaman biokakisan iaitu kakisan yang dipengaruhi oleh mikrob terutamanya dalam industri minyak dan gas. Kehadiran kumpulan bakteria yang dikenali sebagai bakteria penurun sulfat (SRB) merupakan bakteria utama yang sering kali dikaitkan dengan masalah kakisan terutamanya kakisan liang. Objektif penyelidikan ini adalah untuk menentukan keberkesanan benzalkonium klorida (BKC) dan imidazol (IMD) sebagai bahan perencat kakisan dan biosid terhadap konsortium bakteria yang mengandungi SRB dari persekitaran tropika yang didapati daripada penapisan saluran paip minyak mentah. Kecekapan perencat ini ditentukan melalui ujian kehilangan berat dan analisis pengutuban potensiodinamik dalam medium VMNI, manakala kajian morfologi dan komposisi unsur pembentukan biofilem pada permukaan keluli karbon masing-masing telah dianalisis dengan menggunakan mikroskopi pengimbas elektron pembolehubah tekanan (VPSEM) dan spektroskopi sebaran tenaga sinar-X (EDX). Pemencilan dan pertumbuhan SRB dikaji melalui kaedah pembentukan unit koloni (CFU) serta keberkesanan BKC dan IMD sebagai biosid dinilai dengan menggunakan kaedah resapan cakera dan pencairan dengan menggunakan spektrofotometer. Keputusan kajian kehilangan berat didapati, BKC memberikan nilai peratusan keupayaan perencat (IE%) sehingga 94% manakala IMD sebanyak 83%. Nilai IE% bagi keduadua perencat meningkat apabila nilai kepekatan yang digunakan (100, 150, 200, 250 dan 300 ppm) semakin bertambah. Secara umum, dengan penambahan kepekatan perencat, dapat meningkatkan keupayaan perencat kakisan terhadap keluli karbon. Keberkesanan bahan perencat ini turut disokong melalui keputusan pengutuban potensiodinamik dengan memberikan penurunan nilai kadar kakisan bagi BKC dari 0.081, 0.059, 0.062, 0.035 dan 0.023 mm/tahun manakala IMD mencatat nilai 0.401, 0.249, 0.326, 0.253 dan 0.196 mm/tahun. Turut diperhatikan bahawa nilai ketumpatan arus kakisan (Icorr) juga menurun dengan peningkatan nilai kepekatan perencat. Keputusan ini membuktikan bahawa keberkesanan perencat dengan terbentuknya lapisan filem perlindungan pada permukaan keluli karbon disebabkan oleh struktur benzil dan alifatik yang panjang hadir pada sebatian BKC berbanding IMD yang tidak mempunyai stuktur ikatan alifatik. Kesan bagi kedua-dua bahan tersebut turut disokong oleh analisis morfologi VPSEM dengan menunjukkan pengurangan kesan kakisan liang dan pembentukan biofilem oleh SRB terbentuk pada permukaan keluli karbon berbanding dengan medium kawalan. Hasil kajian CFU mendapati pertumbuhan SRB maksimum iaitu 1.6 x 1014 CFU/mL pada hari ke 7 inkubasi dan melalui kaedah resapan cakera, BKC dan IMD menunjukkan purata diameter zon perencat masing-masing iaitu 26 dan 13mm. Kaedah pencairan pula menunjukan bilangan sel SRB berkurangan sehingga 0.1209 x105 sel/mL bagi BKC manakala IMD sehingga 0.2532 x 105 sel/mL daripada medium kawalan. Kesimpulannya BKC dan IMD dapat bertindak sebagai perencat kakisan dan juga biosid, walau bagaimanapun BKC didapati lebih berkesan dalam mengawal kakisan dan aktiviti SRB pada permukaan keluli karbon.,Sarjana Sains | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Benzalkonium klorida | |
dc.subject | Imidazole | |
dc.subject | Biosid konsortium SRB | |
dc.subject | Masalah kakisan | |
dc.subject | Persekitaran tropika | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Keberkesanan sebatian benzalkonium klorida dan imidazole sebagai biosid konsortium SRB | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 94 | |
dc.identifier.barcode | 002205 | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81657+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 203.34 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.