Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463428
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Suzeren Md Jamil, Dr.
dc.contributor.authorNajiyyah Abdullah Sirajuddin (P67824)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:25:06Z-
dc.date.available2023-09-25T09:25:06Z-
dc.date.issued2016-03-04
dc.identifier.otherukmvital:81655
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463428-
dc.descriptionPolimer yang berupaya menjalani proses swa pemulihan dan mempunyai kekuatan pemulihan yang tinggi memberikan impak positif kepada bahan polimer yang digunakan dalam aplikasi bio-perubatan. Kajian ini telah dijalankan bagi mengkaji kebarangkalian swa pemulihan yang boleh dilakukan oleh hidrogel poli(2-hidroksietil metakrilat) (hidrogel poli(HEMA)). Hidrogel poli(HEMA) dihasilkan dengan menggunakan kombinasi 2-hidroksietil metakrilat (HEMA) sebagai monomer, kalium persulfat (KPS) sebagai agen pemula dan L-cystine yang bertindak sebagai agen taut silang melalui tindak balas pempolimeran radikal bebas dan tindak balas kondensasi. Spektrum ATR-IR menunjukkan gel poli(HEMA) telah terbentuk apabila puncak kumpulan berfungsi vinil C=C pada nombor gelombang 1636 cm-1 pada monomer telah hilang. Ujian penentuan taut silang menunjukkan bahawa sebanyak 86 % gel telah terbentuk dan menjalani proses taut silang. Modulus penyimpanan, G' lebih dominan berbanding modulus kehilangan, G” dalam ujian reologi membuktikan jaringan taut silang telah berlaku dan pembentukan gel daripada fasa cecair kepada fasa pepejal/gel juga dibuktikan melalui ujian morfologi. Hidrogel poli(HEMA) diuji dengan dua konsep pemulihan berbeza iaitu swa pemulihan berasaskan penyusupan rawak molekul dan swa pemulihan melalui pemutusan dan percantuman ikatan disulfida. Swa pemulihan berasaskan penyusupan rawak molekul memerlukan suhu yang melebihi daripada suhu peralihan kaca (Tg) sampel bagi membolehkan swa pemulihan berlaku. Keadaan optimum untuk swa pemulihan berlaku adalah pada suhu 60 oC dalam masa 5 jam dengan menggunakan 0.04 M kepekatan agen taut silang. Keadaan optimum yang digunakan telah menghasilkan peratus keberkesanan pemulihan paling tinggi iaitu sebanyak 92 %. Spektrum ATR-IR dan nilai Tg yang diperoleh daripada DSC untuk gel sebelum dan selepas pemulihan masing-masing menunjukkan tiada atau sedikit perbezaan yang berlaku. Ini menjelaskan bahawa proses pemulihan berlaku disebabkan oleh penyusupan rawak molekul dan bukan disebabkan oleh lanjutan taut silang mahupun tindak balas sekunder. Swa pemulihan berasaskan pemutusan dan percantuman ikatan disulfida pula memerlukan rangsangan pH dan agen tindak balas redoks bagi membolehkan pemulihan berlaku. Peratus keberkesanan pemulihan paling tinggi iaitu sebanyak 87 % berlaku pada gel yang telah direndam dalam larutan penimbal alkali. Ujian reologi menunjukkan penurunan suhu pemulihan minimum sebanyak 7.8 oC membuktikan bahawa sistem hidrogel terganggu disebabkan berlaku pemutusan dan percantuman ikatan disulfida. Dalam ujian peralihan sol-gel, gel bertukar menjadi cecair apabila DTT (agen penurunan) digunakan dan bertukar semula menjadi gel apabila H2O2 (agen pengoksidaan) dimasukkan. Tindak balas ini dilakukan dalam tiga kitaran dan mengesahkan bahawa proses ini adalah proses berbalik. Proses pemulihan dan peralihan fasa sol-gel ini dijelaskan dengan ujian morfologi.,Tesis dalam bentuk CD ini mempunyai 2 naskhah.,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectSwa pemulihan
dc.subjectSistem hidrogel
dc.subjectRawak molekul
dc.subjectDisulfida
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleSwa pemulihan hidrogel: kesan penyusupan rawak molekul dan tindak balas berbalik ikatan disulfida
dc.typetheses
dc.format.pages143
dc.identifier.barcode002202
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81655+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
418.49 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.