Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463427
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ahmad Abas Kutty, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Liana Abd. Latif (P63027) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:25:04Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:25:04Z | - |
dc.date.issued | 2016-03-16 | |
dc.identifier.other | ukmvital:81654 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463427 | - |
dc.description | Fitoplankton merupakan organisma pengeluar primer di dalam ekosistem akuatik. Kewujudannya memastikan kesinambungan kitaran makanan akuatik. Gangguan di dalam ekosistem berpotensi mengubah kelimpahan dan kepelbagaian fitoplankton. Satu kajian kepadatan dan sebaran fitoplankton di Sungai Tembat, Hulu Terengganu, Terengganu telah dijalankan untuk melihat kesan aktiviti pembinaan empangan hidroelektrik. Sebanyak enam stesen persampelan telah dipilih berdasarkan ciri-ciri fizikal sungai tersebut. Aktiviti persampelan telah dijalankan sebanyak 12 kali secara bulanan bermula dari Jun 2012 sehingga Julai 2013. Analisis kualiti air dan kepelbagaian fitoplankton telah dilakukan di keenam-enam stesen persampelan. Kesemua aktiviti analisis kualiti air dan fitoplankton dilakukan menurut kaedah piawai APHA. Hasil kajian mendapati terdapat sejumlah 11,761 individu fitoplankton berjaya dikenalpasti yang diwakili oleh lima divisi iaitu Bacillariophyta (17 genus, 46 spesies), Chlorophyta (14 genus, 41 spesies), Euglenophyta (3 genus, 5 spesies), Cyanophyta (2 genus, 2 spesies) dan Pyrophyta (1 genus, 1 spesies). Bacillariophyta merupakan divisi major dengan Eunotia sp. merupakan spesies dominan. Pyrrophyta merupakan divisi minor dengan hanya diwakili oleh Ceratium hirundinella. Indeks kepelbagian Shannon pula bernilai 3.96 yang menunjukkan kawasan kajian masih dalam keadaan seimbang. Indeks keseragaman Pielou pula ialah 0.87 dan indeks kekayaan Margalef ialah 10.03 mengambarkan ekosistem yang masih sihat. Berdasarkan nilai WQI, Sungai Tembat dikelaskan dalam kelas II. Hasil analisis Kruskal-Wallis dan Mann-Whitney mendapati bahawa parameter DO, konduktiviti, turbiditi, TSS, BOD5, COD, nitrit, nitrat, ammonia nitrogen dan WQI berbeza dengan bermakna antara stesen kajian. Parameter-parameter yang berbeza dengan bermakna antara bulan persampelan ialah suhu, pH, DO, konduktiviti, ortofosfat dan WQI. Kelimpahan fitoplankton juga menunjukkan perbezaan signifikan secara temporal. Bagi mengenalpasti pengaruh parameter-parameter persekitaran terhadap kelimpahan dan kepelbagaian fitoplankton, ujian regresi berganda dijalankan. Didapati bahawa tiada pengaruh yang kuat antara parameter-parameter kualiti air terhadap kelimpahan fitoplankton manakala hanya ortofosfat didapati mempengaruhi kepelbagaian fitoplankton. Walaupun kepekatan TSS dilihat berubah secara drastik pada waktu tertentu, tetapi ia tidak memberi kesan kepada populasi fitoplankton. Isipadu air yang besar di kawasan kajian didapati telah menurunkan kepekatan TSS dalam masa yang singkat. Bagi memastikan kemandirian fitoplankton di masa akan datang, pemantauan berkala dan langkah-langkah pencegahan awal perlu diambil tindakan oleh pihak berwajib walaupun pencemaran sedimen ini bersifat sementara.,Sarjana Sains | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Fitoplankton | |
dc.subject | Ekosistem akuatik | |
dc.subject | Kualiti air | |
dc.subject | Sungai Tembat | |
dc.subject | Hulu Terengganu | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kesan pembukaan hutan terhadap populasi fitoplankton di Sungai Tembat, Hulu Terengganu | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 203 | |
dc.identifier.barcode | 002201 | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81654+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 165.83 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.