Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463426
Title: | Penghidrogenan getah asli cecair menggunakan penurunan diimida dalam sistem hidrazin hidrat/hidrogen peroksida |
Authors: | Muhammad Jefri Mohd Yusof (P73089) |
Supervisor: | Siti Fairus Mohd Yusoff, Dr. |
Keywords: | Getah asli cecair Diimida Sistem hidrazin hidrat Penghidrogenan Hidrogen peroksida Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 3-Mar-2016 |
Description: | Getah asli cecair (LNR) disediakan melalui kaedah fotokimia dari sumber cahaya tampak dan pengacauan mekanik getah asli dalam larutan toluena. LNR mempunyai berat molekul kurang daripada 105 dengan rantaian polimer yang lebih pendek berbanding getah asli. Sifat ketidaktepuan pada ikatan karbon ganda dua dalam unit monomer isoprena LNR menjadikannya mudah terdegradasi dengan kehadiran haba, cahaya, dan ozon. Dalam kajian ini, kaedah penghidrogenan tanpa mangkin dilakukan terhadap LNR bagi menghasilkan unit tepu pada rantaian polimer tersebut untuk meningkatkan ketahanannya terhadap degradasi terma dan oksidatif. Kaedah ini menggunakan sistem hidrazin hidrat/hidrogen peroksida untuk menjana sumber hidrogen bagi tujuan penghidrogenan melalui penghasilan diimida. Spesis diimida yang terhasil akan membekalkan sumber hidrogen kepada ikatan karbon ganda dua dalam rantai polimer LNR. Setiap parameter dalam sistem tersebut dioptimumkan untuk mencapai peratus penghidrogenan yang maksimum seperti jisim asid borik, nisbah mol hidrazin hidrat dan hidrogen peroksida, masa tindak balas, suhu tindak balas, kandungan getah kering dan jumlah air yang dimasukkan ke dalam tindak balas. Peratus penghidrogenan tertinggi dicapai pada 91.2% apabila menggunakan nisbah molar HH/H2O2 sebanyak 1:4, dengan kehadiran asid borik sebagai promoter pada suhu 60 °C dengan masa tindak balas selama 8 jam. Produk yang terhasil dicirikan dengan kaedah spektroskopi FTIR dan NMR bagi melihat perubahan sifat kimia molekul untuk memastikan bahawa penghidrogenan telah berlaku. Pengurangan intensiti puncak regangan FTIR pada 1664 cm-1 dan 837 cm-1 menunjukkan bahawa bilangan ikatan karbon ganda dua telah berkurang disebabkan tindak balas penghidrogenan. Bagi spektrum 1H NMR, kemunculan puncak-puncak baru pada kawasan 0.8 hingga 2.2 ppm (rantau alifatik) dan pengurangan puncak ikatan karbon ganda dua pada 5.3 ppm (rantau olefinik) membuktikan bahawa penghidrogenan telah berlaku dan peratus penghidrogenan dapat dikira. Spektrum 13C NMR pula menunjukkan kemunculan puncak-puncak baru pada 19.5, 32.8, dan 37.1 ppm menandakan bahawa persekitaran kimia karbon-karbon tersebut berubah disebabkan penghidrogenan yang berlaku. Analisis GPC dijalankan bagi melihat saiz molekul sampel manakala analisis TGA dan DSC digunaka untuk mengkaji kestabilan terma sampel. Tahap kehabluran sampel pula ditentukan berdasarkan hasil analisis XRD. Getah asli cecair terhidrogen (HLNR) menunjukkan ciri-ciri lebih tahan suhu dan membentuk struktur yang lebih kuat. Suhu degradasi HLNR didapati meningkat pada 445 °C berbanding LNR iaitu pada 381 °C. HLNR seterusnya dijadikan pengserasi dalam penghasilan adunan polimer polistirena/getah asli, PS/NR (60/40). Kekuatan regangan PS/NR meningkat dari 3.38 MPa kepada 5.77 MPa dan kekuatan impak meningkat dari 2.94 kJ/m2 kepada 7.34 kJ/m2 setelah HLNR ditambah sebagai pengserasi dalam adunan. Beberapa pemerhatian morfologi melalui mikroskop optik dan SEM turut menyokong kesan penyerasian adunan PS/NR dengan HLNR.,Sarjana Sains Kimia |
Pages: | 108 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81653+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 263.33 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.