Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463424
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sahilah Abd. Mutalib, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Laila Liyana Mohd Noor (P68050) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:24:58Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:24:58Z | - |
dc.date.issued | 2015-08-15 | |
dc.identifier.other | ukmvital:81651 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463424 | - |
dc.description | Kajian ini dijalankan untuk mengesan DNA babi dalam makanan terproses melalui kaedah konvensional tindak balas berantai polimerase (PCR) ke atas gen sasaran mitokondria menggunakan primer spesifik-spesies. Sebanyak 8 sampel bebola daging yang terdiri daripada bebola daging babi (n=4) dan bebola gelatin babi (n=4) dengan kepekatan masing-masing 0%, 1.0%, 5.0% dan 10.0% (w/w) setiap satunya telah diuji. Kemudian, 1.0% dan 5.0% (w/w) bebola daging dan gelatin babi ini telah diberi 2 jenis perlakuan haba iaitu penggorengan dan autoklaf. Pengekstrakan DNA bagi kesemua sampel bebola ini dilakukan menggunakan kit komersial D'Neasy Blood and Tissue (Qiagen, Jerman) dan seterusnya tindak balas berantai polimerase (PCR) dijalankan menggunakan 2 pasang primer spesifik-spesies iaitu ATP6 dan ATP8 dengan saiz amplifikasi 83 bp dan 126 bp masing-masing. Hasil analisis produk PCR menggunakan elektroforesis gel menunjukkan kesemua sampel bebola daging dan gelatin babi adalah positif terhadap DNA babi walau dalam kepekatan serendah 1.0% dan dikenakan perlakuan haba seperti autoklaf. Kajian ini dilanjutkan lagi dengan mengesan DNA babi ke atas produk makanan komersial yang terdapat di pasaran bagi analisis rutin secara rawak. Bagi tujuan ini, sebanyak 72 sampel makanan pelbagai jenis dan jenama telah diuji. Ini termasuklah 20 jenis bebola daging, 7 jenis sosej ayam dan filamen ketam, 10 jenis biskut, 3 jenis kuay tiew, 5 jenis mi, bihun, laksa, mi segera dan pasta. Setiap sampel dilakukan ujikaji sebanyak dua kali. Walau bagaimanapun, hasil analisis mendapati kesemua sampel makanan komersial adalah negatif terhadap DNA babi. Selain itu, ujian spesifisiti, sensitiviti dan pengesanan DNA babi terhadap primer spesifik-spesies ATP6 dan ATP8 turut dilakukan. Bagi ujian spesifisiti, sebanyak 7 jenis daging mentah iaitu daging ikan, ayam, itik, lembu, kambing, kerbau dan babi digunakan. Manakala bagi ujian sensitiviti, sebanyak 8 jenis larutan DNA babi komersial NovaGen (Merck, Jerman) berkepekatan 100 ng, 10 ng, 1 ng, 0.1 ng, 0.01 ng, 0.001 ng, 0.0001 ng dan 0 ng disediakan. Hasil analisis spesifisiti dan sensitiviti primer ini menunjukkan kedua-dua primer ATP6 dan ATP8 adalah spesifik terhadap DNA babi dan mampu menghasilkan jalur serendah 0.001 ng bagi ATP6 dan 0.01 ng bagi ATP8. Untuk ujian pengesanan DNA babi pula, kedua primer ini diuji dengan 4 jenis makanan berasaskan babi yang terdiri daripada makanan mentah iaitu daging dan makanan terproses iaitu bebola daging, sosej dan kapsul gelatin. Walau bagaimanapun, hasil analisis gagal mengesan jalur DNA babi daripada kapsul gelatin. Secara keseluruhan, kajian ini membuktikan primer ATP6 dan ATP8 adalah spesifik dan sensitif bagi tujuan pengesanan DNA babi pada daging dan produk daging di pasaran.,Sarjana Sains | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | DNA babi | |
dc.subject | DNA mitokondria | |
dc.subject | Berantai polimerase | |
dc.subject | Produk daging | |
dc.subject | Makanan terproses | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pengesanan DNA babi dalam makanan terproses melalui kaedah tindak balas berantai polimerase (PCR) - DNA mitokondria | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 100 | |
dc.identifier.barcode | 002198 | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81651+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 407.56 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.