Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463422
Title: Kesan dos rendah sinaran gama terhadap pertumbuhan dan pembuahan cendawan Pleurotus sajor-caju
Authors: Rosnani Abdul Rashid (P65918)
Supervisor: Fauzi Daud, Prof Madya Dr.
Keywords: Sinaran gama
Cendawan
Pleurotus sajor-caju
Miselium
Variasi genetik
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Mar-2016
Description: Ujian radiosensitiviti miselium Pleurotus sajor-caju MY-32078 terhadap sinaran gama dilakukan dengan mendedahkan miselium berumur 10 hari di atas medium PDA pada dos 0.1 hingga 8.0 kGy. Ujian ini dijalankan untuk mendapatkan dos radiosensitiviti sinaran gama terhadap kemandirian dan pertumbuhan miselium P. sajor-caju. Didapati peratusan kemandirian dan pertumbuhan miselium berkurang dengan bertambahnya dos sinaran, di mana miselium mati pada dos 4.0 kGy dengan LD50 pada dos 2.2 kGy. Dos rendah iaitu pada dos 0.1 hingga 0.6 kGy dipilih bagi tujuan menentukan kesan dos rendah terhadap pertumbuhan miselium, morfologi dan berat jasad buah cendawan. Pertumbuhan miselium tersinar pada dos rendah menghasilkan tiga jenis morfologi iaitu jenis miselium sahaja, jenis campuran miselium primordium dan jenis primordium sahaja. Pertambahan dos didapati meningkatkan penghasilan miselium jenis campuran miselium primordium dan jenis primordium sahaja. Peratusan miselium bagi jenis campuran miselium primordium dan jenis primordium sahaja pada dos 0.1 kGy adalah sebanyak 40%, 0.2 kGy sebanyak 75%, 0.4 dan 0.6 kGy sebanyak 100% berbanding kawalan iaitu 35%. Sebanyak satu sampel miselium daripada jenis campuran miselium dan primordium yang menunjukkan pertumbuhan yang cepat dan tebal dipilih bagi setiap dos untuk tujuan penanaman bagi menilai kesan sinaran terhadap pembuahan. Penanaman dilakukan di dalam beg polietilena berukuran 9 cm - 18 cm yang berisi 700 g campuran habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian. Sebanyak 40 replikat beg disediakan bagi setiap dos. Hasil penanaman menunjukkan masa pengkolonian substrat adalah lebih lama dengan pertambahan dos penyinaran. Pengkolonian substrat bagi 0.1 dan 0.2 kGy adalah 10-11 minggu, 0.4 kGy adalah 11-12 minggu dan 0.6 kGy adalah 12-13 minggu berbanding kawalan iaitu 6-7 minggu. Jasad buah cendawan yang terhasil dibahagikan kepada empat kelas iaitu lurus, kerinting, campuran lurus kerinting dan bantut. Pertambahan dos sinaran didapati menghasilkan lebih banyak jasad buah yang terdiri daripada campuran lurus kerinting iaitu 0.1 kGy sebanyak 40%, 0.2 kGy sebanyak 50%, 0.4 kGy sebanyak 45.8% dan 0.6 kGy sebanyak 67.6% berbanding kawalan iaitu 33.3%. Jumlah hasil cendawan dalam nilai kecekapan biologi (BE) adalah meningkat dengan pertambahan dos sinaran iaitu pada dos 0.1 kGy sebanyak 33.68%, 0.2 kGy sebanyak 35.73%, 0.4 kGy sebanyak 36.74%, 0.6 kGy sebanyak 39.81% berbanding kawalan iaitu 23.91%. Variasi genetik bagi jasad buah cendawan yang tersinar dikaji dengan menilai kehadiran jalur amplifikasi menggunakan kaedah ISSR. Sebanyak enam sampel jasad buah dipilih bagi setiap dos yang terdiri daripada dua jenis lurus, dua jenis kerinting dan dua jenis campuran lurus kerinting. Hasil mendapati cendawan tersinar yang dipilih boleh dibahagikan kepada empat kumpulan variasi genetik berdasarkan gambarajah pokok yang dijana dengan kaedah UPGMA. Daripada keputusan variasi genetik, didapati sinaran pada dos 0.2 hingga 0.6 kGy boleh menghasilkan lebih kepelbagaian genetik berbanding 0.1 kGy. Dos rendah didapati berupaya meningkatkan penghasilan miselium yang mempunyai primordium, penghasilan jasad buah campuran lurus kerinting, hasil dan variasi genetik.,Sarjana Sains
Pages: 85
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81650+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
503 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.