Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463421
Title: Sifat elektrik dan penderiaan gas CO seramik poros berasaskan barium titanat yang disediakan oleh dengan menambah serbuk karbon swa-merekat daripada serabut tandan kelapa sawit
Authors: Nurafizalwani Ayub (P68245)
Supervisor: Ramli Omar, Prof. Madya Dr.
Keywords: Serabut tandan
Kelapa sawit
Penderiaan gas
Seramik poros
Serbuk karbon
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Jul-2015
Description: Kajian ini ialah untuk mengkaji sifat elektrik dan penderiaan gas seramik poros barium titanat didop antimoni (Sb-BaTiO3) yang ditambah dengan serbuk karbon swa-merekat (SKSM) daripada serabut tandan kelapa sawit. Serbuk Sb-BT disediakan menggunakan 0.2 % mol Sb2O3 yang disinter bersama campuran BaCO3 dan TiO2 pada suhu 1350 oC selama 2 jam. SKSM disediakan melalui proses pra-karbonisasi serabut tandan kelapa sawit pada 280 oC dalam persekitaran gas nitrogen. Sampel-sampel seramik poros Sb-BT dengan kandungan SKSM yang berbeza seterusnya disediakan dengan mensinterkan campuran serbuk Sb-BT dan 0 - 20 % berat SKSM pada 1350 °C selama 2 jam dalam udara. Kesan penambahan SKSM terhadap struktur, mikrostruktur, ketumpatan, keporosan, kerintangan elektrik dan sifat penderiaan gas bahan seramik poros tersebut diselidiki. Hasil kajian menunjukkan semua sampel seramik yang disinter itu mempunyai struktur perovskit tetragonal, tanpa bergantung kepada kuantiti kandungan SKSM. SKSM yang ditambah membentuk penggantian pepejal dengan Sb-BT dan tertabur secara seragam dalam seramik yang disinter. Keporosan sampel meningkat dari 23.4% hingga 40.0% dan saiz butiran berkurang dari 13.76 µm hingga 4.95 µm dengan peningkatan kandungan SKSM disebabkan terutamanya oleh tindakbalas eksotermik karbon dari SKSM dengan molekul-molekul oksigen dalam bahan seramik. Ketumpatan sampel berkurang dari 4.66 gcm-3 hingga 3.40 gcm-3 dengan peningkatan kandungan SKSM disebabkan oleh pembentukan liang dalam sampel. Sampel poros memperlihatkan kelakuan pekali kerintangan suhu positif (PTCR) sekitar suhu 120 °C dan penambahan SKSM ke dalam Sb-BT meningkatkan dengan ketaranya ciri PTCR. Nilai jurang PTCR sampel dengan kandungan 20 %berat SKSM adalah sekitar 104 iaitu sekitar 3 tertib magnitud lebih tinggi berbanding dengan sampel tanpa SKSM. Peningkatan kerintangan pada suhu bilik dengan peningkatan SKSM adalah disebabkan terutamanya oleh peningkatan ketinggian sawar sempadan butiran dan keliangan serta pengurangan saiz butiran. Didapati juga bahawa kerintangan seramik Sb-BT yang mengandungi SKSM adalah sensitif terhadap persekitaran gas CO pada suhu tinggi (> 120 °C). Perbezaan kerintangan yang diukur pada suhu tinggi dalam persekitaran gas CO dan udara menjadi lebih ketara dengan peningkatan penambahan kandungan SKSM. Kepekaan sampel terhadap gas CO didapati meningkat secara linear dengan kepekatan gas CO menunjukkan bahawa seramik ini boleh mengesan gas CO dan juga kepekatannya. Kepekaan terhadap gas CO juga meningkat dengan peningkatan keliangan disebabkan sampel yang lebih poros mempunyai jumlah permukaan yang lebih besar untuk penjerapan oksigen dan meningkatkan tindakbalas antara gas CO dan ion-ion oksigen. Sebagai rumusan, SKSM dari serabut tandan kelapa sawit merupakan agen pembentukkan liang yang berkesan untuk pembuatan seramik berasaskan BaTiO3 yang poros dan penambahan SKSM ke dalam bahan seramik ini memberikan kesan yang ketara terhadap kerintangan elektrik dan sifat penderiaannya terhadap gas CO. Bahan seramik Sb-BT poros yang dihasilkan dalam kajian ini mempunyai potensi sebagai bahan penderiaan dalam sensor gas CO.,Sarjana Sains
Pages: 131
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81649+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
476.9 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.