Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463414
Title: | Penggunaan efluen minyak kelapa sawit ternyahwarna sebagai bahan asas medium pertumbuhan mikroorganisma |
Authors: | Hana Najian Mokhtardin (P53394) |
Supervisor: | Ainon Hamzah, Prof. Datin Dr. |
Keywords: | Minyak kelapa sawit Ternyahwarna Mikroorganisma Pertumbuhan bakteria Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 14-Aug-2015 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk mengoptimumkan parameter proses penyahwarnaan POME, menentukan komposisi POME ternyahwarna, menentukan ciri antimikrob terhadap POME ternyahwarna, serta menentukan keupayaan POME ternyahwarna sebagai medium pertumbuhan bakteria, yis dan kulat. POME ditapis terlebih dahulu bagi menyingkirkan bahan pepejal dan hasil turasan POM (POMEt) dinyahwarna sebelum dijadikan medium pertumbuhan. Penyahwarnaan POMEt melibatkan 3 parameter yang dijalankan 1 faktor pada 1 masa. Tiga peremeter tersebut adalah penggunaan kitosan pada kepekatan berbeza (0.5-5 g/L), variasi pH awal POMEt (pH 2-4), dan tempoh pendedahan antara kitosan dengan POMEt (30-150 minit). Penyahwarnaan POMEt yang optimum adalah pada kepekatan kitosan 3 g/L, pH 3 sebagai pH awal dan tempoh pendedahan selama 60 minit bagi menyingkirk n sebanyak 44% warna, 48% fenol jumlah dan 27% nitrogen jumlah. Spektrum Fourier Transmisi Inframerah (FTIR) menunjukkan anjakan ikatan 1634 cm-1 kepada 1618 cm-1 pada kitosan yang mewakili lenturan kumpulan berfungsi amida untuk menjerap kumpulan berfungsi hidroksil pada fenol. Kandungan nutrient dalam POMEt yang ternyahwarna terdiri daripada 0.77 g/L nitrogen, 1 g/L glukosa dan 11.6 g/L abu jumlah. Spektometri Jisim - Plasma Gandingan Induktif (ICP-MS) menunjukkan kehadiran 21.7 µg/g fosforus, 1325.5 µg/g kalium, 719.3 µg/g magnesium, 176.7 µg/g kalsium dan 88.9 µg/g ferum. POMEt ternyahwarna tidak merencatkan pertumbuhan semua bakteria yang diuji (Staphylococcus aureus, Bacillus sp., S. aureus Rintang Methicillin (MRSA), Escherichia coli, Serratia sp., Proteus mirabilis Salmonella thyphimurium, Enterococcus aerogenes, Pseudomonas aeruginosa (UKMP-14T) dan (UKMP-12T) tetapi kesemua bakteria gagal untuk hidup di atas agar yang mengandungi POMEt ternyahwarna sebagai medium pertumbuhan. Sebaliknya, kesemua yis yang diuji ( Candida albicans, Saccharomyces cerevisiae, Pichia pastoris, Candida utilis dan Candida oleophila) berupaya untuk hidup di atas agar POMEt ternyahwarna. Pencerapan mikroskopik sel yis yang hidup di atas agar POMEt ternyahwarna dengan medium agar kentang dekstrosa (PDA) tidak menunjukkan sebarang perbezaan saiz dan morfologi. Bilangan sel yis (CFU/ml) yang hidup dalam kaldu POMEt ternyahwarna dan PDA adalah tidak signifikan. Melalui pengukuran diameter koloni miselium dan jumlah spora selepas di eram selama 5 har, kesemua kulat ( Aspergillus niger, Trichoderma virens (TriUKMP-1M), Cunninghamella sp., Rhizopus sp., dan Penicillium sp.) berupaya untuk hidup di atas kedua-dua agar POMEt ternyahwarna dan POMEt ternyahwarna yang ditambah dekstrosa (19 g/L), tetapi pertumbuhan kulat di atas a r POMEt ternyahwarna adalah lebih baik berbanding di atas POMEt ternyahwarna yang ditambah dekstrosa dengan menghasilkan diameter miselium >50 mm oleh semua kulat kecuali sp.. Sebaliknya, pertumbuhan semua kulat dalam kaldu kedua-dua medium menghasilkan berat kering miselium kulat yang sangat rendah, kecual yang berjaya menghasilkan sebanyak 6.85 g/L dan 12.71 g/L berat kering miselium dalam kaldu POMEt ternyahwarna dan POMEt ternyahwarna yang ditambah dekstrosa. Kesimpulannya, POME yang merupakan bahan buangan darip da pemprosesan kelapa sawit boleh dirawat dan diguna semula sebagai medium pertumbuhan yis.,Sarjana Sains |
Pages: | 108 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81633+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 173.76 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.